Semasa

Kembali jadi isteri, Syura akui kekok pegang tangan suami

Sembilan tahun tanpa pasangan hidup bukanlah satu tempoh yang singkat. Bagi penyanyi Syura, dia masih cuba menyesuaikan diri selepas kembali bertemu jodoh dengan suaminya Farizat Ismail.

Menerusi laporan mStar Online, pemilik Zuraidah Badron itu bagaimanapun mengakui teruja dengan kehadiran suami di sisi selain menyifatkan ia satu suasana yang baru bagi dirinya dan anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Ketika ditanya mengenai penerimaan anak-anak terhadap suaminya, penyanyi berusia 36 tahun itu bersyukur mereka sangat akrab.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Syura melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berusia 28 tahun itu di Masjid As-Salam, Puchong Perdana pada 22 Januari lalu.

Sebelum ini, dia pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006 namun berpisah sembilan tahun selepas itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee) , Instagram Syura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *