Semasa

Ketua Pemuda MCA Perak gesa Muhyiddin berundur

Seorang pemimpin Pemuda MCA bercanggah dengan pendirian partinya dengan bersuara menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Bercakap atas kapasiti peribadi, Ketua Pemuda MCA Perak, Daniel Wa Wai How mengatakan Muhyiddin harus memberi jalan kepada calon yang lebih berkelayakan untuk memimpin negara menangani Covid-19.

“Kita tidak dapat melihat hala tuju negara ini dengan jelas kerana kemelut politik yang berlaku telah menghakis keberkesanan pentadbiran kerajaan.

“Bagi saya secara peribadi, perdana menteri yang ada patut berundur secara terhormat supaya kerajaan dapat diganti dengan seorang perdana menteri yang baru,” katanya kepada¬†Sinar Harian.

Laporan itu turut memetik Wa mencadangkan agar tempoh perdana menteri baru diterhadkan kepada enam bulan untuk memantau usaha menangani pandemik Covid-19 sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15 diadakan.

Wa, yang juga setiausaha Pemuda MCA Kebangsaan, dipetik berkata bahawa Muhyiddin harus sedar kegagalannya memandangkan situasi Covid-19 semakin buruk.

Dia menyorot bahawa kilang-kilang utama dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri (Miti) untuk beroperasi walaupun terdapat banyak kluster Covid-19 di tempat-tempat seperti itu.

Sebaliknya, katanya pemilik perniagaan kecil dan sederhana tidak dapat menjana pendapatan dan terpaksa memenuhi komitmen mereka seperti sewa dan utiliti.

“”Bagi saya, rakyat Malaysia perlu seorang pemimpin yang boleh memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara, bukan pemimpin yang menggunakan darurat bagi melanjutkan tempoh pemerintahannya,” katanya yang turut berada di dalam Majlis Tertinggi MCA.

Antara pengganti Muhyiddin yang boleh dipertimbangkan, menurutnya, ialah Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas perdana menteri Najib Razak, yang kini dalam proses mengemukakan rayuan berhubung kesalahan rasuah.

Walaupun pemimpin Umno dilihat terpecah berhubung sokongan terhadap Muhyiddin, parti komponen BN lain termasuk MCA sebahagian besarnya memihak kepada presiden Bersatu itu.

MCA mempunyai dua anggota parlimen, iaitu Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong yang juga dan Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *