Connect with us

ISU SEMASA

KKM sahkan Wujud kluster baru yang sangat merbahaya

Published

on

ORANG ramai boleh membuat laporan polis sekiranya mengesan terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berlaku termasuk di pasar dan pusat beli-belah.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan mengenai pelanggaran SOP itu juga boleh dilakukan di Jabatan Kesihatan Daerah yang berkenaan.

Lapor polis jika ada pelanggaran SOP KKM

Menurutnya, pihak berkuasa termasuk KKM akan menyiasat segala aduan yang dilaporkan itu sebelum mengambil tindakan seterusnya.

“Kalau ada pasar atau pasar raya yang tidak patuhi SOP yang dikeluarkan KKM, laporan boleh dibuat kepada polis atau Jabatan Kesihatan Daerah dan kita di kementerian akan menyiasat.

“Sekiranya benar, kita akan mengambil tindakan mungkin dari segi nasihat atau mengarahkan menutup pasar atau pasar raya itu,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham memberikan reaksi itu terhadap tinjauan dilakukan Harian Metro di pasar raya dan pasar awam di beberapa lokasi yang mendapati masih ramai gagal mematuhi SOP KKM.

Ini termasuk penjarakan sosial seolah-olah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah berakhir sedangkan esok baru bermula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melonggarkan beberapa sekatan khusus untuk menggerakkan ekonomi.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menegaskan sekali lagi bahawa PKP belum berakhir dan PKPB hanya melonggarkan sekatan tertentu.

“Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) masih berkuatkuasa,” katanya.

Dengan kuasa termaktub di bawah akta itu, Kerajaan Malaysia mewartakan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 berkuat kuasa 18 Mac lalu.

Peraturan ini memperuntukkan sesiapa yang disabitkan kesalahan di bawah undang-undang akan didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Peniaga Berpusu-pusu Membuka Perniagaan

PENIAGA di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur mula membuat persediaan bagi membuka perniagaan masing-masing selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tamat hari ini.

Tinjauan juga mendapati penghuni di dua flat berhampiran turut mengambil kesempatan membeli barang keperluan di kedai di bahagian bawah kediaman mereka serta premis sekitar Masjid India.

Bagaimanapun, hampir 70 peratus lagi premis perniagaan masih belum dibuka dan berkemungkinan akan mula beroperasi dalam tempoh terdekat.

Semua laluan masuk ke Masjid India terutama melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi juga boleh digunakan seperti biasa.

Peniaga kedai runcit, Sajahan Wahab, 50, berkata, dia membuka perniagaannya pada jam 12 tengah hari dan kini dalam proses membersih kedai.

“Sekarang saya sedang mengemaskini stok, rasa gembira juga bila dapat beroperasi, selepas ini saya akan membuat garisan menggunakan pita pelekat bagi memastikan pelanggan mematuhi penjarakan sosial.

“Pelanggan saya adalah dari kalangan penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion, jadi langkah berjaga-jaga sentiasa diambil,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya sudah menubuhkan pasukan pemantau yang akan melakukan pemantauan bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu penjarakan sosial diamalkan.

“Pasukan pemantau ini akan memberi nasihat, teguran dan amaran kepada orang ramai di kawasan berkenaan (Masjid India) untuk memastikan mereka tidak berkumpul dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.

“Kita akan pastikan perkara ini secara serius bagi mengekang penyebaran dan penularan Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

KKM sahkan wujud kluster baru melibatkan tapak pembinaan

Ketua Pengarah KesihataN, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan satu lagi kluster baharu melibatkan tapak pembinaan di Kuala Lumpur selepas 28 pekerja warga asing dilaporkan positif COVID-19.

Jelasnya, KKM sedang menyiasat kemungkinan kumpulan berkenaan mendapat jangkitan daripada kluster lain termasuk Kluster Jemaah Sri Petaling, Pasar Borong dan Kampung Bharu.

“Setelah disiasat pada peringkat awal, ada satu kluster baharu iaitu kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur yang mana jumlah kes ada 28 tetapi tiada pertambahan semalam.

Jumlah kes adalah 28 iaitu melibatkan tapak pembinaan Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Ahad.

KKM juga sedang mencari bukti kukuh bagi mengaitkan kesemua kluster terlibat dengan kluster tapak pembinaan berkenaan.

“Kita sudah siasat di tapak pembinaan itu dan mulanya ada kemungkinan berkait dengan kluster lain. Mereka terlibat duduk sekali dalam apartmen, jadi jangkitan dengan kluster lain.

Ia masih dalam siasatan, mungkin ada kaitan dengan kluster Sri Petaling, pasar borong dan Kampung Bharu. Jadi siasatan masih dijalankan, untuk tahu ada kaitan tak.

“Setakat ini masih tak dapat bukti kukuh untuk kaitkan dengan kluster berkenaan. Jadi kita namakannya kluster pembinaan,” kata beliau.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ISU SEMASA

Video Makan Nenas Berisi Bahan Letvpan, Gajah Bvnting M4Tl Dalam Keadaan Berdiri

Published

on

By

Adakah segelintir manusia semenangnya terlahir di dunia tanpa perasaan simpati dan kasih terhadap binatang?

Lebih mengejutkan, mereka ini sanggup menyiksa haiwan sehingga mereka cederan dan akhirnya mati begitu sahaja.

Di India, seekor gajah yang sedang bunting dilaporkan maut akibat perbuatan keji penduduk tempatan di sana.

Gajah betina tersebut dilaporkan maut gara-gara, memakan sebuah nenas yang diberikan oleh individu tempatan kepadanya.

Buah nenas tersebut didakwa telah dipenuhi dengan bahan letupan seperti mercun terlebih dahulu sebelum diberikan kepada gajah betina itu.

Gajah liar tersebut pada mulanya keluar daripada habitat untuk mencari makan di sebuah kampung berdekatan.

Letupan yang berlaku sewaktu memakan nenas berisi mercun telah mengakibatkan lidah serta rahangnya  cedera parah.

Kesannya, binatang itu dapat makan atau mengunyah seperti sedia kala.

Menurut Pegawai hutan Mohan Krishnan, gajah berkenaan tidak langsung merempuh atau merosakkan rumah-rumah di kampung itu walaupun dia berlari-lari mengerang kesakitan.

Gajah bunting itu kemudiannya ditemui berdiri di sungai Velliyar yang terletak di daerah Malappuram, utara Kerala.

Haiwan itu dilihat sedang berdiri sambil merendamkan bahagian belalai dan mulutnya yang tercedera, yang berkemunkinan sedang berusaha mengelakkan lalat serta serangga mendekati lukanya.

Gajah bunting ini kemudiannya disemadikan serta diberika penghormatan sewajarnya atas kayu api serta di tanah tempatnya bermain dan membesar.

Kejadian seperti ini bukanlah pertama kali berlaku, malah banyak lagi gajah yang mati angkara perbuatan khianat manusia.

Terdahulu, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menyifatkan kematian gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, Tawau, Khamis lalu, sebagai satu pembunuhan kejam.

Ini apabila hasil bedah siasat mendapati kira-kira 70 peluru dalam badan haiwan itu.

Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga, berkata banyak peluru ditemui dalam badan gajah betina itu, sekali gus memberi bayangan keadaan gajah itu bertarung menahan kesakitan akibat terkena tembakan senjata api.

“Banyak peluru ada di badan gajah itu dan kita boleh bayangkan keadaan gajah waktu kena tembak.

Dalam keadaan kesakitan tetapi mungkin tidak mati dan mungkin sebab itu banyak tembakan dibuat (pemburu haram),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Augustine tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian gajah, sekali gus mengumpul bukti kukuh untuk membolehkan pelaku dihadapkan ke mahkamah.

“Kami berharap akan dapat menangkap orang yang membunuh gajah itu dan menyerahkannya kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman”

Katanya lagi, sambil menambah siasatan kes itu tidak mempunyai tempoh masa tetapi perlu dibuat dalam masa sebulan mengikut prosedur operasi standard jabatan.

Augustine berkata, jabatannya akan terus berusaha mendekati dan bekerjasama dengan masyarakat setempat bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Selain itu, meminta mereka membantu mencegah aktiviti pemburuan haram serta menjadi saksi sekiranya mengetahui atau melihat ada pihak melakukan aktiviti itu.

Pada Khamis lalu, sekumpulan pemancing menemui bangkai gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, dekat Tawau, dan dipercayai mati antara tiga hingga empat hari.

Gajah betina dianggarkan berusia antara 11 hingga 12 tahun dengan ketinggian 1.8 meter itu ditemui dalam keadaan terduduk berhampiran tebing sungai.

Dan pemeriksaan awal pasukan JHL mengesan luka di bahagian pipi, kepala, badan dan punggung gajah berkenaan, akibat tembakan senjata api. – BERNAMA/Daily

Continue Reading

ISU SEMASA

Ismail Sabri dedah apa yg wanita ini Lakukan sebelum balik rumah

Published

on

By

Sebulan zon hijau, kini automatik jadi zon kuning

Polis masih menunggu arahan dari kerajaan Kelantan untuk sebarang tindakan selanjutnya berhubung kemunculan semula kes COVlD-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kejadian itu adalah satu tragedi memandangkan Kelantan sudah lebih sebulan berstatus zon hijau dan kini secara automatik bertukar kepada kuning.

” Ini adalah satu tragedi di Kelantan dan apa yang kita tahu seorang pembawa boleh menjngkiti 30 orang yang lain.

” Untuk periksa seorang demi seorang individu yang merentas negeri sudah pasti satu beban yang perlu ditanggung oleh kami sedangkan wabak itu dibawa dari negeri lain.

 

” Bagaimanapun kami akan mengadakan mesyuarat dan terpulang kepada kerajaan (negeri) untuk memutuskan sebarang perubahan tindakan dalam penguatkuasaan pemantauan nanti,” katanya ketika ditemui di sekatan jalan raya Bukit Yong, Pasir Puteh, hari ini.

Kelantan kembali mencatatkan kes COVlD-19 dengan kes terbaru dipercayai di Kuala Krai membabitkan wanita mengandung dan perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin.

Mngsa (pesak1t) yang menetap di Lembah Klang balik ke negeri ini apabila sempadan negeri dibuka baru-baru ini dan secara tidak rasmi dikatakan mngsa positif serta sedang diraw4t di hospital.

Menteri Dedah Bagaimana Wanita Mengandung Positif C0VlD Dari Ampang Ke Kelantan Melepasi Sekatan Rentas Negeri

Polis memberi kebenaran kepada seorang wanita mengandung merentas negeri dari Ampang, Kuala Lumpur untuk bersalin di kampung halamannya di Kelantan, sebelum disahkan positif COV1ID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, mengesahkan perkara itu bahawa wanita berkenaan memohon untuk pulang ke kampung untuk bersalin.

Namun, beliau berkata, wanita yang sedang hamil 25 minggu itu sempat bertemu pelbagai orang tertentu kerana rindu selepas lama tidak berjumpa, sebelum tiba ke rumahnya.

“Ini amalan normal lama, akhirnya (wanita terbabit) didapati positif.

Apabila dia positif, keseluruhan kampung terpaksa tertakluk kepada saringan dan sebagainya walaupun sudah tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Kawasan berkenaan mungkin hanya kawalan pentadbiran dan akhirnya menyusahkan satu kampung.

Kita tak tahu berapa ramai warga emas dan kanak-kanak dan ini meningkatkan ri1siko (jangk1itan) bagi golongan berkenaan.

“Ia juga akan mengakibatkan b3encana yang akhirnya memberi kesan kepada ny4wa penduduk, terutama warga emas dan kanak-kanak di kampung terbabit,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, wanita berusia 32 tahun itu adalah kes positif pertama dikesan di Kuala Krai selepas lebih sebulan Kelantan diisytiharkan bebas w4bak itu.

Wanita itu dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah, selain mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijadualkan bersalin pada 19 Jun ini.

Jangan K3cam Anak Saya

‘Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa, dia pulang ke kampung untuk bersalin, bukannya semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.”

Demikian luahan Norazlina Abdul Rahim, 50, ibu kepada wanita hamil positif COV1ID-19 dari Kuala Krai ketika mengulas mengenai anaknya yang mendapat k3caman daripada netizen.

Anaknya yang berusia 32 tahun, adalah kes positif pertama dikesan di Kuala Krai selepas lebih sebulan Kelantan diisytiharkan bebas wabak itu.

Wanita itu dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.

Norazlina berkata, anaknya mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijadualkan bersalin pada 19 Jun nanti.

“Anak saya pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah 35 minggu.

Untuk bersalin di Ampang, Kuala Lumpur agak sukar kerana suaminya bekerja dan mereka juga mempunyai anak yang masih kecil berusia tiga tahun.

“Sejak berita mengenai anak saya tular, ramai yang meng3cam tindakan anak saya pulang ke kampung, sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.

“Pada mulanya anak saya agak tert3kan sehingga terpaksa nyahaktifkan akaun Facebook untuk sementara waktu.

“Namun kini keadaannya kembali stabil selepas saya dan suami memujuk supaya bertenang dan tidak mengendahkan k3ecaman itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, anaknya sendiri agak sukar untuk menerima berita memaklumkan dia positif COV1ID-19 kerana sepanjang di Kuala Lumpur, anaknya tidak ke mana-mana melainkan keluar untuk membuat pemeriksaan di klinik kesihatan.

“Namun saya sentiasa menasihatkan anak supaya menerima perkara ini dengan hati terbuka.

Syukur alhamdulillah sehingga kini dia dalam keadaan sihat dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Malah, pagi ini saya sempat video call (panggilan video) dengannya dan setakat ini dia dalam keadaan baik.

“Namun, doktor memaklumkan mungkin perlu bersalin secara pembedahan memandangkan anak saya positif COVI1D-19,” katanya yang turut memberitahu mereka sekeluarga kini dikuarantin selama dua minggu.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata wanita itu disahkan positif COV1ID-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak di Kelantan untuk menjalani rutin pemeriksaan.

Kronologi Kes : Isu Berbangkit Kes Import Positif COVlD-19

– Seorang wanita mengandung 35 minggu disahkan positif COVlD-19 pada 19/5/2020 yang balik dari Ampang, Kuala Lumpur pada 15/5/2020. Suami bekerja sebagai juruteknik TM disekitar lembah kelang.

– 15/5/2020 singgah di Machang rumah nenek sebelah suami untuk berbuka puasa.

– Bertolak balik ke rumah emak/ ayah sebelah lelaki di kg. Mengkebang.

– 17/5/2020 Menginap di rumah ibubapa di Kg. Sungai Durian Kuala Krai.

– 19/5/2020 buat pemeriksaan ibu mengandung di KKB.

– Jam 3.30 Petang disahkan Positif COVlD-19 oleh HSIP Kuala Krai dan dihantar ke Hospital Sultanah Zainab KB sebagai Centre Kes COVlD-19 di Kelantan.

– PKD memaklumkan terdapat 11 Orang Kontak rapat telah dibuat saringan pada 20/5/2020 dan menunggu keputusan pada 21/ 22hb Mei 2020.

– 1 kontak ini telah beri arahan untuk melaksanakan kuarantin (Home Survelan )selama 14 hari dan akan dipantau oleh PDRM.

– Tindakan yang bersesuaian akan dilaksanakan selepas keputusan ujian sample ke atas 11orang kontak rapat diperolehi. Harap Maklum, terima kasih.

Banyak tempat menyinggah boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Continue Reading

ISU SEMASA

Berhimpit dan Berebut Keluar Shopping Raya, Kata² Dr Nor Hisham Macam Bagi Petanda

Published

on

By

Bermula Isnin lepas Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan dan menerusi pemerhatian mendapati beberapa pihak sudah mula teruja untuk membuka premis masing-masing.

Ada di antaranya sudah mula menyebarkan di media sosial dan menghantar ‘peringatan’ menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengenai pembukaan premis mereka.

Bagaimanapun, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana PKPB bukan bermakna kemenangan kerana kita semua masih belum bebas dari pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, Public Health Malaysia (PHM) menerusi laman sosial Facebook mereka (FB) meninggalkan mesej khidmat masyarakat kepada semua untuk mencegah kluster ‘shopping raya’.

Menerusi posting tersebut PHM menasihati orang ramai supaya memilih beli belah secara online dan tidak bersesak di pusat membeli belah.

PHM turut berpesan agar sebarang karnival membeli belah tidak diadakan. Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 10,000 reaksi warganet, 1200 komen dan 8300 share sehingga jam 10 malam, Sabtu.

Cegah Kluster Shopping RayaAgak sukar untuk mengawal penjarakan sosial di gedung pakaian dan persiapan aidilfitri….

Posted by Public Health Malaysia on Friday, May 1, 2020

Sementara itu menerusi laporan Harian Metro, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pakar Epidemiologi, Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Noran Naqiah Hairi berkata PKPB bermula Isnin ini perlu dilaksanakan secara beransur-ansur, bukan dilakukan secara mendadak, selaras saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurutnya, apa dimaksudkan secara berperingkat-peringkat itu termasuk sektor demi sektor serta melihat kepada zon hijau, kuning dan merah berkaitan penularan Covid-19.

Beliau berkata, keputusan memberikan kelonggaran hampir 100 peratus kepada sektor ekonomi dan membenarkan orang bersukan contohnya berjoging atau bermain badminton serta keluar makan di restoran secara serentak dalam satu masa amat membimbangkan sekali.

“WHO menekankan berkali-kali kepentingan exit-strategy secara beransur-ansur atau apa yang sering diperkatakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai soft-landing.

“Mengapa? Virus SARS-Cov- 2 yang menyebabkan penyakit Covid 19 ini amat bijak sekali.

Dalam tempoh beberapa bulan ini, kita pelajari terdapat asymptomatic transmission/infection dan pre-symptomatic transmission yang boleh berlaku.

“Disebabkan ini seseorang dijangkiti akan berasa sihat, tidak menunjukkan apa-apa gejala penyakit. Padahal pada masa ini dia boleh menjangkiti orang lain,” katanya.

Beliau berkata, ada juga kes dilaporkan bahawa seseorang yang dijangkiti Covid-19 boleh menjangkiti orang lain dua hingga tiga hari sebelum simptom kepada dirinya bermula.

Tidak mustahil, katanya, apabila ramai orang keluar serentak termasuk pekerja atau orang yang keluar bersukan itu adalah dalam kalangan individu positif Covid-19 namun asymptomaticdan pre-symptomatic.

“Bayangkan sekiranya ini berlaku di tempat yang mempunyai ketumpatan populasi yang tinggi contohnya Selangor dan Kuala Lumpur.

“Ia amat membimbangkan sekali. Penularan wabak Covid-19 ini boleh menjadi tidak terkawal.

“Memandangkan PKPB sudah diumumkan, semua individu seluruh negara perlu mengamalkan disiplin yang tinggi,” katanya.

Sebagaimana sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan 18 Mac lalu, beliau menasihatkan jangan keluar rumah sekiranya tiada tujuan penting.

Menurutnya, setiap individu berperanan memerangi penularan Covid-19 termasuk mencegah ‘kluster shopping raya’.

“Janganlah bersesak-sesak lagi pasar raya. Tidak perlu makan beramai-ramai di luar, beli bungkus dan makan di rumah.

“Amalkan PKP sendiri. Tidak perlulah galak membeli-belah seperti sebelum berlakunya pandemik ini.

“Senaman masih boleh dibuat di dalam rumah. Beli-belah boleh di atas talian. Bagi yang keluar bekerja, amalan disiplin tinggi amat penting sekali,” katanya sambil berpesan teruskan amalan normal baharu seperti penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan.

Dr Noor Hisham Bagi Amaran Kepada yg Masih Keluar Beramai² Shopping Raya

SEJAK kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei lalu, ramai dalam kalangan ibu bapa dilihat mula mengambil kesempatan membawa anak-anak keluar.

Namun yang menyedihkan ibu bapa ini membawa keluar pergi membeli-belah terutama menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Pasaraya adalah tempat yang sangat berisiko menjadi pusat penyebaran sekiranya TIADA kawalan ketat dilakukan.Risiko di…

Posted by Public Health Malaysia on Saturday, May 2, 2020

Ibarat burung yang terlepas dari sangkar, masing-masing bagai tidak menghiraukan bahaya ‘musuh senyap’ yang menanti di luar rumah.

Apabila tegar mempertaruhkan nyawa anak mereka semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan Aidilfitri termasuk baju baharu.

Apabila ditanya alasan yang diberikan cukup mudah, takut baju yang dibeli tidak padan saiznya dan tiada orang menjaga anak di rumah.

Sedangkan jika mata kasar dapat melihat bagaimana rakusnya virus itu sedia menerkam ke arah mangsa yang leka, pasti orang dewasa sendiri pun tidak berani untuk keluar dari rumah.

Hampir saban hari rasanya Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihati orang ramai bahawa selain warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak juga golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus itu.

Walaupun setakat ini tiada kes kem4tian positif Cov-19 dicatatkan dalam kalangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Namun sehingga semalam Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 317 kes positif virus itu adalah dalam kalangan kumpulan umur berkenaan.

Dr Noor Hisham memaklumkan daripada jumlah itu, 112 kes atau 35 peratus dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah dan 22 kes membabitkan bayi berusia kurang setahun!

Sehubungan itu, dalam hal ini hanya ibu bapa yang mampu menjadi benteng pertahanan untuk mengelak anak mereka daripada menjadi mangsa serangan virus yang meragut seramai 113 nyawa di negara setakat ini.

Kesedaran dalam kalangan ibu bapa dalam hal ini amat dituntut selain perlu memainkan peranan memberi didikan kepada anak-anak supaya mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.

Seperti kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walaupun tiada sekatan untuk ibu bapa membawa anak-anak ke pusat beli-belah mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ketika PKPB.

Namun adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya itu.

Jangan disebabkan hanya hendak menggembirakan anak-anak dengan membeli baju raya, ibu bapa pula meraung di pagi raya apabila anak-anak terpaksa mendapatkan rawatan di hospital akibat terkena ‘kluster pusat beli-belah’ dek kecuaian sendiri.

Sumber : Metro

Continue Reading
OH TRENDING6 mins ago

MKN sedang bincang benarkan kemasukan warga China

OH TRENDING58 mins ago

Shuib Terima Tawaran Untuk Gelaran Datuk Dari Sebuah Negeri ni

OH WANITA19 hours ago

Tertuduh Menerima Padah Akibat Membuang B4Yl dalam lvbang kvmbahan

OH TRENDING20 hours ago

Kerajaan Memberikan Lagi Diskaun Bil Elektrik ke Satu Tarikh, dan Ini Jumlahnya

OH TRENDING2 days ago

To’ki Akhirnya Dibantu Ebit Lew, Tiada yang Lebih Indah Melihat Kasih dan Sayang Mereka Berdua

OH TRENDING2 days ago

Disebabkan Perkara ini, Boy Iman Diisytihar muflis oleh Mahkamah

OH TRENDING3 days ago

Psangan Pengantin ini Adakan Majlis Kahwin ‘Drive Thru’, Ini yg Mereka Lakukan

OH TRENDING4 days ago

RasuluIIah Tak Pakai Helmet Kenapa Saya Harus Memakainya. Jawapan PoIis Ini Buat Pakcik Itu Terdiam

OH TRENDING4 days ago

Umur Dah 25 tahun, tapi gadis ni masih menyusu botol

OH TRENDING5 days ago

BAYl perempvan Ditemui Masih Hidup Dihurung Penuh Semut dan Badannya masih Dipenuhi D4RAH

OH TRENDING5 days ago

Tak Direstui, Pasangan Cinta Nekad Terjvn Bun8h Diri Bersama, Tapi Lain Lak yg Terjadi

OH TRENDING6 days ago

“Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Meng4wan” – Fynn Jamal Cetus Kemar4han Netizen Gara-Gara 1su Rog0l!

OH TRENDING6 days ago

Video Gadis ni Bukan Saje Kena Pau RM5K, Tapi Siap Kena Raba Sekali

OH TRENDING7 days ago

KKM Kesan Ada Pesaklt C0VID-19 Yang Pulih Hidupnya Tidak Kembali Normal

OH TRENDING7 days ago

Susulan Kes PukoI Anak Angkat, Mhkamah Akhirnya Buat Keputusan Ini Terhadap AIiff Syukri

OH TRENDING2 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek dan Apa yg Dilakukannya

OH TRENDING2 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek

OH TRENDING2 weeks ago

Mak Terus Mnangis Terduduk, Satu Kampung Semua Kenal Dia. Abang Ceritakan Segalanya Pasal Suspek

OH TRENDING6 days ago

Video Gadis ni Bukan Saje Kena Pau RM5K, Tapi Siap Kena Raba Sekali

OH TRENDING4 weeks ago

Sekolah Rendah Mungkin Akan Ditutup Hingga Tahun Depan, Puncanya Mengejutkan

OH TRENDING2 weeks ago

Isu Mintak RM10k, ini reaksi Pengacara Anim Ezati

OH TRENDING3 weeks ago

Industri Lain Boleh Tapi Kenapa Kami Dianaktirikan? Mila Jirin Mula Bersuara, Siap Tag Nama PM

OH TRENDING2 weeks ago

Didakwa Minta Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan, Ini Penjelasan Sugu Pavithra…

OH TRENDING4 weeks ago

Ehh Ko beranak kan bidadari ke apa ni Azza Elite

OH HIBURAN4 weeks ago

Mia Ahmad Sebak… Anak Bakal Berk0ngsi Kasih “Awak Akan Sentiasa Jadi Nombor Satu”

OH HIBURAN3 weeks ago

Siapa Sangka Selepas 8 Tahvn Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa

OH TRENDING2 weeks ago

Puluhan ros hiasi lantai, instafamous siap gubah lagu rai ‘birthday’ isteri

OH HIBURAN4 weeks ago

Selepas Tiga Bulan Menemani BCL, Akhirnya Ibu Ashraf Terpaksa Ambil Tindakan Ini

OH TRENDING2 weeks ago

Video Dulu Keruh Sekarang Kebiruan, Ramai Yang Teruja Mandi Manda Sehinggalah Kejadian Ini Buat Semua Kecut Perut

OH TRENDING6 days ago

“Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Meng4wan” – Fynn Jamal Cetus Kemar4han Netizen Gara-Gara 1su Rog0l!

OH TRENDING2 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek dan Apa yg Dilakukannya

OH TRENDING2 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek

OH TRENDING2 weeks ago

Mak Terus Mnangis Terduduk, Satu Kampung Semua Kenal Dia. Abang Ceritakan Segalanya Pasal Suspek

OH TRENDING6 days ago

Video Gadis ni Bukan Saje Kena Pau RM5K, Tapi Siap Kena Raba Sekali

OH TRENDING4 weeks ago

Sekolah Rendah Mungkin Akan Ditutup Hingga Tahun Depan, Puncanya Mengejutkan

OH TRENDING2 weeks ago

Isu Mintak RM10k, ini reaksi Pengacara Anim Ezati

OH TRENDING3 weeks ago

Industri Lain Boleh Tapi Kenapa Kami Dianaktirikan? Mila Jirin Mula Bersuara, Siap Tag Nama PM

OH TRENDING2 weeks ago

Didakwa Minta Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan, Ini Penjelasan Sugu Pavithra…

OH TRENDING4 weeks ago

Ehh Ko beranak kan bidadari ke apa ni Azza Elite

OH HIBURAN4 weeks ago

Mia Ahmad Sebak… Anak Bakal Berk0ngsi Kasih “Awak Akan Sentiasa Jadi Nombor Satu”

OH HIBURAN3 weeks ago

Siapa Sangka Selepas 8 Tahvn Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa

OH TRENDING2 weeks ago

Puluhan ros hiasi lantai, instafamous siap gubah lagu rai ‘birthday’ isteri

OH HIBURAN4 weeks ago

Selepas Tiga Bulan Menemani BCL, Akhirnya Ibu Ashraf Terpaksa Ambil Tindakan Ini

OH TRENDING2 weeks ago

Video Dulu Keruh Sekarang Kebiruan, Ramai Yang Teruja Mandi Manda Sehinggalah Kejadian Ini Buat Semua Kecut Perut

OH TRENDING6 days ago

“Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Meng4wan” – Fynn Jamal Cetus Kemar4han Netizen Gara-Gara 1su Rog0l!

Artikel HOT