Semasa

Kongsi Video Sarimah Tiru Shaheizy Sam Hisap Vape, Netizen Tegur Syatilla – ‘Takut Dah Besar Nanti Senyap-Senyap Cuba’

Pasti ramai kenal dengan pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam yang dikenali sebagai suami isteri yang mempunyai perangai ‘masuk air’. Ada sahaja perkara yang dilakukan mereka berdua yang di luar kotak pemikiran orang lain.

Kongsi Video Sarimah Tiru Shaheizy Sam Hisap Vape, Netizen Tegur Syatilla – 'Takut Dah Besar Nanti Senyap-Senyap Cuba'

Terbaharu, perkongsian Syatilla mendapat perhatian wargamaya selepas memuat naik sebuah video di Instagram (IG) miliknya.

Rakaman video itu memaparkan gelagat anak perempuannya, Sarimah Samheizy yang pandai meniru cara ayahnya menghisap vape sejak umur setahun.

Sarima Samheizy akan jadi pelakon wanita yang sangat terbaik nanti macam bapak!!!!

Dari kecik dia memang kuat copy apa yang orang buat, dia boleh selamba tiru cara bapak dia hisap vape masa umur setahun lebih. Dah lama rasa nak tonyoh muka dia. Tak tau bila boleh buat.

Kongsi Video Sarimah Tiru Shaheizy Sam Hisap Vape, Netizen Tegur Syatilla – 'Takut Dah Besar Nanti Senyap-Senyap Cuba'

Namun, hantaran tersebut kurang disegani dalam kalangan pengguna media sosial. Bagi netizen, perbuatan yang dilakukan pelakon filem Polis Evo itu salah kerana menunjukkan satu contoh yang tidak baik.

Malah, rata-ratanya menganggap kelakuan Sarimah itu tidak kelakar memandangkan dia masih anak kecil.

@cik_wany: Maaf la bukan nak kecam tapi tak elok vape untuk budak-budak kecil. Tolong jangan rosakkan badan anak-anak dengan benda macam tu please. Sayang anak anda sebab ramai yang nak zuriat tapi tak dapat. Mohon maaf kalau terasa.

@bella_bella_2019: Moral of the story; jangan merokok atau vape di depan anak. Takut dah besar nanti senyap-senyap cuba.

@zakiahridwanur: Bagus eh hisap vape depan anak sampai anak boleh tiru. Tak segan.

@lalaleeya_: Saya tak rasa perkara ini betul. Maaf.

@mash_iera: Tak kelakar nak gelak. Itu bukan contoh yang terbaik untuk anak ikuti.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu masih belum dipadam daripada akaun tersebut.

Terdahulu, pasangan merpati dua sejoli ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy berusia empat tahun dan Sarimah Samheizy, dua tahun.

Sumber: Syatilla Melvin

Leave a Reply

Your email address will not be published.