Selepas 6 tertuduh yang menjadi pelaku insiden kematian Allahyarham Zulfarhan dihukum penjara 18 tahun Selasa lalu, bermacam-macam pendapat dan reaksi netizen jadi tumpuan di media sosial. Namun baru-baru ini, kecoh pula di laman Twitter apabila muncul seorang gadis yang seolah-olah lantang mempersoalkan ‘perangai’ Allahyarham Zulfarhan.
Hasil tinjauan netizen, individu tersebut rupanya dipercayai sebagai teman wanita kepada salah seorang daripada 6 tertuduh utama tempoh hari. Di samping itu, dia juga mendakwa orang awam tidak tahu ‘sisi kebenaran’ daripada sang pelaku jenayah tersebut.
Gara-gara tularnya beberapa kenyataan ‘panas’ tersebut, netizen terus meminta penjelasan lanjut daripanya. Berdasarkan tangkap layar perbualan di Direct Messenger, gadis berkenaan menafikan dirinya membela si pelaku. Sebaliknya, dia cuma ingin jelaskan mungkin ada punca lain tidak diketahui public yang mendorong suspek menekap seterika sekali gus menyebabkan kecederaan terhadap Allahyarham.
Walau bagaimanapun, dia sendiri tidak menyangka akan dikecam oleh ramai pihak sambil mendakwa mereka sebenarnya salah faham ketika membaca kenyataannya. Rentetan itu, tinjauan di laman Twitter kini mendapati akaun gadis terbabit juga telah dinyahaktifkan.
Sumber: Twitter PutriAinNatasha, santeira