Semasa

Lelaki Pêd0fil Cbul 200 Kanak-Kanak Di Mysia Akhirnya Maut Ditlkam Dalam Pnjara

Seorang penjenayah pedofil warga Britain yang sedang menjalani hukuman penjara ditemui ditikam dan meninggal dunia di dalam selnya sendiri di East Yorkshire, England.

Mangsa yang berusia 33 tahun ini menjalani hukuman penjara kerana kesalahannya melakukan pencabulan dan gangguan seksual terhadap ratusan kanak-kanak di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Menerusi The Sun, Jurucakap Perkhidmatan Penjara, mangsa yang bernama Richard Huckle ini sedang menjalani 22 hukuman penjara yang melibatkan kes pencabulan ke atas lebih 200 kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja.

Huckle dipercayai ditikam hingga mati oleh pisau buatan sendiri. Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum mengenal pasti senjata tajam yang digunakan. Tetapi, seorang banduan telah ditahan oleh pihak polis dalam siasatan kes pembunuhan tersebut.

Video  dan gambar-gambar lucah tersebut dipercayai digunakan sebagai sumber pendapatannya di laman web tersembunyi atau dark web. Dia kemudian mengumpul 60 muka surat manual ‘Pedofilia dan Kemiskinan: Panduan Cinta Kanak-Kanak’, menerangkan bagaimana cara untuk memilih mangsa dan cara mengelakkan pengesanan. Dia berkeinginan untuk mewujudkan ‘Panduan Wiki Pedo’.

Selepas mengaku bersalah di Old Bailey kepada 71 kesalahan seksual termasuk merogol berganda. Dia kemudian menulis surat kepada mahkamah dan menyalahkan tentang kematangan dalam dirinya serta ‘nafsu jahat telah menarik dirinya ke jalan yang gelap’.

Sumber: The SunIndependent Uk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *