Johor, Pasir Gudang: Tular Kes Penculikan. Melibatkan Seorang lelaki dan seorang murid sekolah agama Scientex. Video tersebut tular selepas seorang pengguna Facebook Encik Zua Aziz menyiarkan di laman facebooknya sendiri.
Dikatakan penculik tersebut berjaya ditangkap di sebuah stesen minyak selepas kanak kanak yang telah diculiknya meminta pertolongan orang awam di kawasan sekitar.
TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Penculik tersebut berjaya ditangkap atas bantuan orang awam sekitar tempat tersebut selepas kanak kanak itu meminta pertolongan daripada orang awam.
Setelah orang ramai mengetahui hal tersebut, kelihatan dalam video tersebut seorang pemandu melanggar penculik sehingga hampir terjatuh untuk membantu kanak kanak tersebut.
Ada juga dikalangan netizen yang mengata bahawa mungkin penculik tersebut adalah ayah kepada kanak kanak itu.
ANTARA KOMEN NETIZEN:
BUSY BODY vs PENCULIK
Kehidupan kita hari ini tak salah kalau kita sedikit BUSY BODY kepada pekara yang patut.
Hari ini atau lebih tepat tengah hari tadi terjadi kes penculikan pelajar Sekolah Agama Scientex.
Asbab sikap “Busy body” atau lebih tepat sikap ambil peduli telah menyelamatkan satu nyawa.
Ya Allah, kau lindungilah anak-anak kami dari sebarang kejahatan dunia.
Alhamdulilah penculik telah ditangkap,
Tahniah Bro Encik Zua Aziz
Full video korang boleh tengok di Facebook beliau.
TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:
Eyy geram je tengok dia culik budak tu. Nasib baik budak tu mintak tolong orang awam ? pic.twitter.com/VSMp3rxdLu
— Video Viral Malaysia (@ViralPunyaVideo) May 11, 2022
Sumber : Encik Zua Aziz