Semasa

lstri Comel dan Cantik Sanggup Urus Suami yg Str0k, Tapi Ada Sesuatu yg Netizen Perasan

“Saya percaya Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hamba-Nya dan saya cuba kuat kerana tahu ramai lagi di luar sana yang lebih dahsyat ujiannya,” kata ibu dua anak, Syazwani Adnan.

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI

Biarpun sedih, Syazwani cuba sembunyikan perasaannya itu malah menyambut kepulangan Shahrul ke rumah dengan tenang seolah-olah suaminya itu tidak sakit.

“Setitik air mata saya pun tidak tumpah ketika suami pulang ke rumah kerana mahu dia (suami) nampak saya kuat di hadapannya

“Saya anggap dia seperti tidak sakit dan layan seperti biasa walaupun hakikatnya sedih melihat keadaannya.

“Ikutkan, saya tiada pengalaman menjaga orang sakit tetapi cuba uruskan suami termasuk suapkan makan, mandikan dan bersihkan najisnya.

“Emak (Elouny Mahany Abd Aziz, 47) saya tinggal sebulan di rumah kami pada awalnya jadi dia yang banyak membantu menjaga anak sementara saya menguruskan suami,” katanya.

Berkongsi keadaan Shahrul, Syazwani berkata, pada awalnya suaminya itu hanya terlantar di katil, malah minum menggunakan saluran tiub selain makan bubur saja.

Menurut Syazwani, keadaan bertambah baik pada bulan lalu apabila suaminya boleh duduk di kerusi roda dan makan serta minum seperti biasa.

Benda lain yang netizen perasan? Rata rata netizen puji isteri yang setia menjaga suami dan ad juga yang puji isterinya cantik.

bertuah dapat bini comel dan sanggup jaga suami..susah nak dapat bidadari mcm nie…seperti isteri saya sama sama menjaga saat ujian allah.s.w.t. 

      


 

“Kini, dia sudah boleh masuk sendiri ke dalam kereta dan ikut saya bersiar ambil angin atau pergi ke kedai.

“Buat masa ini, dia masih tidak boleh bercakap namun saya ada ajarnya mengeja dan menaip di telefon bimbit dan papan tulis sebagai isyarat jika mahukan sesuatu.

“Kiranya, saya perlu latih dan menguruskannya seperti budak kecil dan ia memang memerlukan kesabaran tinggi.

Syukur anak faham keadaan suami walaupun mereka masih kecil malah keluarga abah banyak membantu kerana ketika sihat dulu, suami bekerja dengannya (abah),” katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok yang tular, Syazwani mengakui terkejut dan menganggap ia di luar jangkaannya.

“Saya sebenarnya lebih banyak kongsikan rutin dengan suami di Instagram (IG) cuma baru-baru tergerak hati untuk muat naik video di TikTok kerana seronok tengok pasangan lain lakukannya.

“Tak sangka video itu meraih tontonan tinggi malah ada juga pengikut berkongsi rasa sebak mereka kerana turut lalui pengalaman sama iaitu menjaga suami yang sakit.

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:

“Apa pun, saya akan terus menjaganya selagi terdaya dan berharap dia sihat semula kerana menurut doktor, suami kemungkinan boleh sembuh dalam tempoh setahun,”

Katanya yang masih perlu membawa suaminya melakukan pemeriksaan, rawatan dan terapi susulan di hospital.

Sumber : HM / Senatronmalaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.