Connect with us

OH HIBURAN

MAHKAM4H Arahkan Pelak0n FARlD KAMlL DlPENJ4R4 13 Bvlan Kerana Melakvkan KES4LAH4N Ini

Published

on

PELAKON, Datuk Farid Kamil Zahari, dijatuhi hukuman 13 bulan penjara bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis.

Dan empat bulan penjara bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Farid, 39, yang berbaju kemeja putih dilihat tenang mendengar keputusan yang dibacakan oleh Majistret Noor Arifin Hisham ketika dalam kamar tertuduh.

Majistret Noor Arifin berkata, selepas meneliti dan menimbangkan keterangan dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan dibuktikan bersalah terhadap dua pertuduhan terbabit.

Majistret Noor Arifin kemudian mengarahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan dijalankan secara serentak.

Namun memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan dengan hukuman penjara sembilan bulan yang dihadapinya sebelum ini atas kesalahan menggunakan dadah.

Bagi kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaann (KK) dan Seksyen 90 Akta Polis, Farid Kamil didakwa menghalang anggota polis iaitu Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin menjalankan tugas.

Dia juga berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari 2018.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan rayuan terhadap hukuman itu dengan jaminan RM 10,000 dengan seorang penjamin.

Farid yang diwakili Peguam Kee Wei Low, merayu agar mahkamah menggunakan budi bicara dan mengenakan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik dengan alasan anak guamnya penanggung utama keluarga yang menangung isteri dan dua anak berusia 7 dan 4 tahun.

Timbalan Pendakwaraya Mohammad Fahkhrurrazi Ahmad Salim bagaimanapun memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada orang awam jika melakukan kesalahan yang sama.

Mahkamah turut memerintahkan, Farid membayar kos pendakwaan berjumlah RM5,000 kepada pihak pendakwaan dan jika gagal bayar hukuman penjara enam bulan akan dikenakan terhadap tertuduh.

Pernah Memohon Tangguh Hukuman Atas Kesalah Lain

Terdahulu, Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dibenar menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya kerana menggunakan dadah sehingga rayuannya selesai.

Pada pertengahan November lepas, Farid Kamil diperintahkan menjalani hukuman itu selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei tahun lepas dan dia menjalani hukuman itu di Penjara Kajang.

Kemudian, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu selesai didengar.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Yaacob Md Sam membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Farid Kamil.

Ini dengan syarat jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

“Bagaimanapun, pemohon (Farid Kamil) boleh memohon pasport diserahkan sementara kepadanya jika ada keperluan,” kata Hakim Yaacob yang bersidang bersama-sama Hakim P Ravinthran dan Hakim Datuk Abu Bakar Jais.

Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail tidak membantah terhadap permohonan peguam itu.

Sebelum ini, Farid Kamil telah pun menjalani hukuman penjara itu di Penjara Kajang selepas Mahkamah Majistret tidak membenarkan permohonannya untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Bagaimanapun pada 19 Jun tahun lepas Mahkamah Tinggi sama membenarkan permohonan pelakon itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang sedang dijalaninya sehingga rayuannya selesai dan dia dibebaskan dari penjara.

Sepanjang perbicaraan bermula 18 Disember 2018 di Mahkamah Majistret seramai lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pelakon itu memilih untuk berdiam diri.

Mengikut peruntukan undang-undang, sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri, mahkamah tiada pilihan lain selain menyabitkan tertuduh atas pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, Farid Kamil didakwa menggunakan d4dah dikenali di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya jam 4.30 petang 11 Januari 2018.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Turut hadir di mahkamah isterinya, pelakon Datin Diana Danielle.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH HIBURAN

Bapa Azharina Azhar Pernah Minta Pusat Beli Belah Tutup 1 Jam Khas Utk Dia Shopping

Published

on

By

Sebut sahaja nama Azharina Azhar pasti ramai mengenali penyanyi tersebut yang mempunyai suara yang lunak dan luar biasa.

Malah, penyanyi ini terus berdiri hebat selepas memenangi Gegar Vaganza musim ke-3.

Penyanyi, Azharina Azhar menganggap dirinya masih dalam proses pembelajaran untuk berhijab, bermula dengan mengenakan selendang sejak dua minggu lalu.

Azharina, 34, bagaimanapun berharap perubahan itu akan berpanjangan kerana dia masih berusaha memperbaiki kekurangan diri.

“Secara jujur, saya agak kurang selesa bercakap mengenai perkara ini kerana masih berusaha untuk muhasabah dan mengenali diri.

“Apa yang saya boleh katakan, pada usia yang semakin meningkat, saya perlu lakukan perubahan dalam hidup.

“Saya bermula dengan memakai selendang sejak dua minggu lalu dan cuba bertudung penuh selepas keluar hospital akibat Rotavirus, baru-baru ini,” katanya.

Azharina berkata, dia membuat keputusan itu tanpa dipengaruhi sesiapa, sebaliknya keinginan untuk berubah tercetus apabila diuji sakit yang menyebabkannya hampir lumpuh.

“Saya tidak pernah menganggap diri sebagai Muslimah yang sempurna apabila mula berubah.

Banyak lagi kekurangan dalam diri membuatkan saya takut untuk memaklumkan sudah berhijab penuh.

“Bimbang nanti ada yang mempertikai apabila melihat saya hanya berselendang.

Doakan saja yang baik-baik supaya saya istiqamah melakukan perubahan,” katanya.

Penyanyi lagu Elegi Sepi itu juga berkata, sakit yang dialaminya sebelum ini umpama teguran daripada Allah supaya dia kembali melihat diri.

“Saya tidak pernah jatuh sakit seteruk ini hingga sukar untuk bercakap. Itu antara punca yang menggerakkan hati saya untuk berubah.

“Emak juga terkejut melihat saya bertudung, malah pada awalnya menyangka saya mahu menghadiri majlis tahlil. Doakan yang baik-baik kerana saya masih belajar,” katanya.

Mohon Tutup Aktiviti di Shopping Mall

Namun ramai yang tidak mengetahui mengenai latar belakang penyanyi ini.

Dibesarkan dalam keluarga yang agak berada, bagaimanapunAzharina berkata dia tidak gemar dengan aktiviti membeli belah sejak dari kecil lagi.

Namun, Azharina mengakui dia dimanjakan oleh ibu bapanya yang tidak pernah lokek berbelanja untuk anak-anak.

Malah, pernah menerima hadiah beg sekolah jenama mewah Prada daripada ibunya.

Berkongsikan pengalaman ketika berada di bangku sekolah, Azharina berkata bapanya pernah mengarahkan sebuah pusat beli-belah di Sarawak untuk menghentikan operasi kepada pengunjung selama satu jam untuk memberi laluan kepadanya membeli-belah.

“Sewaktu sekolah rendah, ibu berikan saya beg Prada sebagai beg sekolah. Beg itu merupakan beg bundle yang dibawa dari luar negara.

Kami adik beradik sangat bertuag kerana dimanjakan kedua orang tua.

“Saya sewaktu di sekolah menegah pula, bapa meminta sebuah pusat beli belah di Miri, Sarawak untuk menutup operasi selama satu jam untuk saya dan adik shopping.

“Kami diberi kebebasan untuk mengambil apa sahaja barangan di dalamnya.

Itulah memori indah yang diciptakan bapa untuk kami,” kongsinya.

Dalam pada itu, Azharina juga berkata dia jarang membeli-belah di dalam negara dan lebih suka berbelanja di luar negara jika waktu mengizinkan.

Ujarnya, dia bukan seorang yang suka shopping dan sukar untuk melihatnya di tempat sedemikian.

“Selalunya saya akan membeli belah tiga hingga lima tahun sekali dan akan terbang ke luar negara dan itu ‘merbahaya’.

“Saya tidaka akan pergi membeli jika hanya mahu sehelai seluar.

Untuk jeans dan baju misalnya, saya tidak pernah mencuba dan akan terus membeli selepas melihat saiz,” katanya.

Malah, dirumahnya turut disediakan sebuah bilik untuk menyimpan barangan hasil belian.

Mementingkan kualiti sesuatu barangan, Azharina berkata sedari kecil ibu bapanya selalu berpesan jika membeli sesuatu lihat pada kualitinya agar tahan lama

 

Rata² Netizen Memberi Reaksi yang Bercampur baur

“Aku pernah masuk kedai 2 ringgit.. keluar kedai abis 20 ringgit”

“Ye ke ..kalau betul, dia ni mmg jenis humble orangnya …sebb rajin senyum masa jumpa kat baazar raya tahun2 lepas..biasanya org yg membesar dengan sudu emas ni sedikit sombong”

“Kalau nak tengok hati kita hitam/putih time ni la.. orang share happiness kita rasa sakit ati atau sebaliknya”

“Waktu aku kecil dulu pun bapaku pernah bawak membeli belah di satu shopping mall.. Tanpa disuruh, shopping mall tu dah tutup kerana dah jam 10pm ..kami pun xjadi shopping..”

Continue Reading

OH HIBURAN

Apabila Artis Malaysia Cuba Pertahankan Pelarian Rohingya, Terus Kena Kecam Dengan Netizen

Published

on

By

Sejak semalam, viral satu sepanduk yang secara terang mengusi1r golongan Rohingya daripada memasuki satu kampung di Masai, Johor.

Tindakan berkenaan yang dianggap keterlalvan itu kemudian mencetuskan kemrahan dalam kalangan warga maya.

Malah, beberapa golongan artis turut melahirkan kec3wa mereka dengan kewujudan sepanduk tersebut.

Antara yang lantang bersuara termasuklah bekas ratu cantik Malaysia, Deborah Henry.

Menerusi satu posting di Instagram, Deborah meluahkan rasa kec3wanya apabila sikap negatif berkenaan wujud di Malaysia.

“Ini adalah refleksi individu yang tidak mampu mencari penyelesaian.

“Ini bukan soal menuding jari tetapi masalah masyarakat yang lebih besar,” katanya.

Posting berkenaan kemudian turut menarik perhatian rakan artis lain untuk memberikan pandangan masing-masing.

Antaranya termasuklah Diana Danielle, Lisa Surihani, Daphne Iking dan Chef Wan.

Anda boleh lihat antara pandangan mereka di bawah.

Sementara itu menerusi laporan Free Malaysian Today (FMT) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim telah mengarahkan ketua kampung tersebut menurunkan sepanduk berkenaan.

“Tanggungjawab seorang Muslim kepada seseorang manusia lain ialah memberi perlindungan ke atas manusia lain yang mengalami penindasan seperti rakyat Rohingya yang diti1ndas oleh kerajaan Myanmar,” katanya.

Rata-rata netizan tidak bersetuju  dengan pendapat artis Malaysia

Perangai NGO Malaysia yang Bantah Keputusan Kerajaan

Beberapa NGO menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan keputusan untuk tidak lagi menerima pelarian R0hingya ke negara ini.

NGO hak migran Tenaganita berkata sangat penting bagi Malaysia untuk membincangkan perkara tersebut dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) bagi mendapatkan penyelesaian sementara.

Pengarah eksekutifnya, Glorene A Das juga merayu supaya kerajaan tidak menghantar orang R0hingya pulang ke Myanmar atau ke kem pelarian di Bangladesh.

Ini kerana pelarian tersebut akan sekali lagi terperangkap dalam modus operandi yang melibatkan pemerdagangan manusia.

” Ya sekarang memang ada pihak yang menggesa untuk hantar mereka (R0hingya) pulang, tetapi dalam keadaan pandemik kini ia bakal menyukarkan proses tersebut.

” Jadi penting buat kerajaan untuk bekerjasama dengan UNHCR bagi mendapatkan penyelesaian sementara,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Harus bantu orang R0hingya dari memusnahkan mereka

Selain itu, Glorene turut mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia tidak mengadakan perbincangan bersama Myanmar dan mendakwa Asean telah ‘menutup mata’ atas tindakan zaIiim negara itu.

” Mengapa kerajaan Malaysia tidak bercakap dengan kerajaan Myanmar tentang tanggungjawab mereka terhadap orang R0hingya dan di mana Asean?

” Asean seperti tutup mata tentang isu kekej4man Myanmar terhadap R0hingya.

” Pada masa yang mencabar kini, kita harus tetap bersatu padu dan bantu orang R0hingya dari memusnahkan mereka melalui tindakan kita,” katanya lagi.

Tak semua R0hingya terlibat jnayah, kata IKRAM

Walaupun berita mutakhir melaporkan tindakan keras terhadap pendatang asing dan pelarian tanpa dokumen, ratusan orang R0hingya masih terus mempertaruhkan nyawa mereka untuk sampai ke perairan Malaysia.

Mengulas hal ini, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Badlishah Sham Baharin memberitahu Malaysiakini kerajaan tidak wajar untuk menolak pelarian R0hingya.

Jelasnya, pelarian berkenaan kemungkinan dapat membantu dalam menaikkan ekonomi negara daripada segi sumbangan mereka dalam pekerjaan sektor buruh.

” Kalau kita lihat misalnya, mereka (pelarian R0hingya) jika kita masukkan dalam ekonomi negara, ada kemungkinan ekonomi melonjak dengan sumbangan dan kepakaran mereka,” katanya.

Tambah Badlishah (gambar, atas) lagi, beliau tidak menafikan terdapat pelarian yang melakukan kegiatan jenayah, namun tidak wajar untuk menghukum kesemua pelarian.

” Kita tak nafikan ada di antara mereka terlibat dalam kegiatan jnayah tetapi itu pun tak semua.

” Jadi tak wajar untuk kita hukum semua, tak semua yang buat benda macam itu dan yang tidak terlibat ini mungkin mereka ada peluang untuk bantu kerajaan,” katanya lagi.

Continue Reading

OH HIBURAN

Siapa Sangka Selepas 8 Tahvn Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa

Published

on

By

Pelakon Lisa Surihani mendedahkan suaminya, Yusry Abdul Halim telah menanam sebatang pokok ketika mendapat tahu dia hamilkan anak pertama mereka, Yahaira Leanne.

Kini selepas anaknya itu berusia lima tahun, Lisa menunjukkan pokok tersebut telah membesar dengan subur.

“Bila bapa awak tahu saya hamilkan awak, Yong (panggilan untuk Yahaira). Dia telah menanam pokok dan namakannya dengan The Yahaira Tree.

“Ia membesar dengan indah. Masya-Allah dan Alhamdulilah…,” katanya.

Lisa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu Lisa memuat naik foto yang menunjukkan pokok tersebut di halaman rumahnya.

Rata-rata kagum melihat pokok tersebut membesar dengan subur dan cantik.

Malah ada yang mencadangkan supaya mereka membuat rumah kecil di atas pokok itu.

Lisa da Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak Yusof Leonne berusia tiga tahun.

Selepas 8 Tahun Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa Semakin Akrab

Lapan tahun melayari bahtera perkahwinan, Yusry Abd Halim dan isteri, aktres Lisa Surihani bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne,5 tahun dan Yusof Leonne, 3 tahun.

Sekali gus, menjadikan Yusry gembira dengan kehidupannya kini yang bergelar suami dan bapa kepada dua orang anak.

“Siapa sangka. Kami berjumpa hampir 9 tahun yang lepas dan sudah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun.

Ini merupakan hubungan paling lama yang pernah saya lalui, but feels like the shortest. Its true when they say time flies when we…are truly happy.

“Thank you for being my everything syg @lisasurihani Selamat Hari Kita 8,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan itu yang berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang permata hati setakat ini.

Yusry terdahulu pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 2003, namun rumah tangga mereka hanya bertahan tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu, yusri dan lisa juga meraikan ulang tahun ke tujuh pada tahun lepas

“SAYANG, kita sudah hidup bersama selama tujuh tahun. Sudah pasti dalam mana-mana perkahwinan ada masa susah dan senang.

Saya sangat cintakan awak. Selamat Hari Kita 7,” kata pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh bersama pelakon popular Lisa Surihani.

Yusry, 45, menerusi Instagram berkata, dia bersyukur kerana mereka dapat melalui segala cabaran dan ikatan rumah tangga mereka semakin kukuh setiap hari.

“Terima kasih kerana berada di sisi saya dan anak-anak kita,” tulisnya.

Lisa, 32, juga memuat naik beberapa gambarnya dan Yusry mengimbau kenangan dalam perhubungan mereka dulu di akaun Instagram miliknya.

“Saya sangat berterima kasih kerana kita dapat mempelajari untuk mengukuhkan cinta dan nilai positif dalam perhubungan.

Ia perjalanan cinta yang sangat menarik buat dua individu yang berbeza seperti kita.

“23 February 2019 : 7 tahun lalu dan seterusnya. Selamat Hari Kita, Yang.” tulisnya.

Perkongsian Yusry dan Lisa itu turut mendapat perhatian daripada rakan artis dan peminat yang turut mendoakan perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Continue Reading
OH TRENDING2 hours ago

MKN sedang bincang benarkan kemasukan warga China

OH TRENDING3 hours ago

Shuib Terima Tawaran Untuk Gelaran Datuk Dari Sebuah Negeri ni

OH WANITA21 hours ago

Tertuduh Menerima Padah Akibat Membuang B4Yl dalam lvbang kvmbahan

OH TRENDING21 hours ago

Kerajaan Memberikan Lagi Diskaun Bil Elektrik ke Satu Tarikh, dan Ini Jumlahnya

OH TRENDING2 days ago

To’ki Akhirnya Dibantu Ebit Lew, Tiada yang Lebih Indah Melihat Kasih dan Sayang Mereka Berdua

OH TRENDING2 days ago

Disebabkan Perkara ini, Boy Iman Diisytihar muflis oleh Mahkamah

OH TRENDING3 days ago

Psangan Pengantin ini Adakan Majlis Kahwin ‘Drive Thru’, Ini yg Mereka Lakukan

OH TRENDING4 days ago

RasuluIIah Tak Pakai Helmet Kenapa Saya Harus Memakainya. Jawapan PoIis Ini Buat Pakcik Itu Terdiam

OH TRENDING4 days ago

Umur Dah 25 tahun, tapi gadis ni masih menyusu botol

OH TRENDING5 days ago

BAYl perempvan Ditemui Masih Hidup Dihurung Penuh Semut dan Badannya masih Dipenuhi D4RAH

OH TRENDING5 days ago

Tak Direstui, Pasangan Cinta Nekad Terjvn Bun8h Diri Bersama, Tapi Lain Lak yg Terjadi

OH TRENDING6 days ago

“Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Meng4wan” – Fynn Jamal Cetus Kemar4han Netizen Gara-Gara 1su Rog0l!

OH TRENDING6 days ago

Video Gadis ni Bukan Saje Kena Pau RM5K, Tapi Siap Kena Raba Sekali

OH TRENDING7 days ago

KKM Kesan Ada Pesaklt C0VID-19 Yang Pulih Hidupnya Tidak Kembali Normal

OH TRENDING1 week ago

Susulan Kes PukoI Anak Angkat, Mhkamah Akhirnya Buat Keputusan Ini Terhadap AIiff Syukri

OH TRENDING2 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek dan Apa yg Dilakukannya

OH TRENDING2 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek

OH TRENDING2 weeks ago

Mak Terus Mnangis Terduduk, Satu Kampung Semua Kenal Dia. Abang Ceritakan Segalanya Pasal Suspek

OH TRENDING6 days ago

Video Gadis ni Bukan Saje Kena Pau RM5K, Tapi Siap Kena Raba Sekali

OH TRENDING4 weeks ago

Sekolah Rendah Mungkin Akan Ditutup Hingga Tahun Depan, Puncanya Mengejutkan

OH TRENDING2 weeks ago

Isu Mintak RM10k, ini reaksi Pengacara Anim Ezati

OH TRENDING3 weeks ago

Industri Lain Boleh Tapi Kenapa Kami Dianaktirikan? Mila Jirin Mula Bersuara, Siap Tag Nama PM

OH TRENDING2 weeks ago

Didakwa Minta Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan, Ini Penjelasan Sugu Pavithra…

OH TRENDING4 weeks ago

Ehh Ko beranak kan bidadari ke apa ni Azza Elite

OH HIBURAN4 weeks ago

Mia Ahmad Sebak… Anak Bakal Berk0ngsi Kasih “Awak Akan Sentiasa Jadi Nombor Satu”

OH HIBURAN3 weeks ago

Siapa Sangka Selepas 8 Tahvn Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa

OH TRENDING2 weeks ago

Puluhan ros hiasi lantai, instafamous siap gubah lagu rai ‘birthday’ isteri

OH HIBURAN4 weeks ago

Selepas Tiga Bulan Menemani BCL, Akhirnya Ibu Ashraf Terpaksa Ambil Tindakan Ini

OH TRENDING2 weeks ago

Video Dulu Keruh Sekarang Kebiruan, Ramai Yang Teruja Mandi Manda Sehinggalah Kejadian Ini Buat Semua Kecut Perut

OH TRENDING6 days ago

“Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Meng4wan” – Fynn Jamal Cetus Kemar4han Netizen Gara-Gara 1su Rog0l!

OH TRENDING2 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek dan Apa yg Dilakukannya

OH TRENDING2 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek

OH TRENDING2 weeks ago

Mak Terus Mnangis Terduduk, Satu Kampung Semua Kenal Dia. Abang Ceritakan Segalanya Pasal Suspek

OH TRENDING6 days ago

Video Gadis ni Bukan Saje Kena Pau RM5K, Tapi Siap Kena Raba Sekali

OH TRENDING4 weeks ago

Sekolah Rendah Mungkin Akan Ditutup Hingga Tahun Depan, Puncanya Mengejutkan

OH TRENDING2 weeks ago

Isu Mintak RM10k, ini reaksi Pengacara Anim Ezati

OH TRENDING3 weeks ago

Industri Lain Boleh Tapi Kenapa Kami Dianaktirikan? Mila Jirin Mula Bersuara, Siap Tag Nama PM

OH TRENDING2 weeks ago

Didakwa Minta Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan, Ini Penjelasan Sugu Pavithra…

OH TRENDING4 weeks ago

Ehh Ko beranak kan bidadari ke apa ni Azza Elite

OH HIBURAN4 weeks ago

Mia Ahmad Sebak… Anak Bakal Berk0ngsi Kasih “Awak Akan Sentiasa Jadi Nombor Satu”

OH HIBURAN3 weeks ago

Siapa Sangka Selepas 8 Tahvn Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa

OH TRENDING2 weeks ago

Puluhan ros hiasi lantai, instafamous siap gubah lagu rai ‘birthday’ isteri

OH HIBURAN4 weeks ago

Selepas Tiga Bulan Menemani BCL, Akhirnya Ibu Ashraf Terpaksa Ambil Tindakan Ini

OH TRENDING2 weeks ago

Video Dulu Keruh Sekarang Kebiruan, Ramai Yang Teruja Mandi Manda Sehinggalah Kejadian Ini Buat Semua Kecut Perut

OH TRENDING6 days ago

“Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Meng4wan” – Fynn Jamal Cetus Kemar4han Netizen Gara-Gara 1su Rog0l!

Artikel HOT