Semasa

“Mana-Mana Rancak” – Tak Reti Jawab Exam, Jawapan Pelajar Ini Buat Cikgu Termenung

Melihat pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan merupakan hadiah terbaik buat guru. Tiada apa yang lebih menggembirakan guru-guru selain anak didiknya menjadi insan berguna.

Namun, tindakan seorang pelajar menconteng kertas jawapan peperiksaan kerana tidak tahu menjawabnya membuatkan guru termenung seketika.

Mana tidaknya, dia dengan selamba memberitahu ‘tidak reti’ serta beberapa lagi perkataan kurang sopan seolah-olah mempersendakan guru.

Sambil mengawasi pelajar menduduki peperiksaan harini, saya menanda soalan esei kertas Bahasa Inggeris Tingkatan 3 yang berakhir semalam.

Ramai yang tinggalkan jawapan kosong dan tak kurang juga meninggalkan komen minta maaf kerana tak dapat menjawab.

Ada juga yang menyalin semula soalan dan ada juga yang menyalin semula petikan lain. Ini salah satu daripada sampel jawapan yang menarik perhatian saya. Termenung sekejap…

Menurut guru ini, ada juga di antara pelajarnya yang meninggalkan jawapan kosong dan memohon maaf kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada pengguna Facebook turut mengkritik tindakan pelajar ini yang dianggap terlalu biadab.

“aduhai ank.. Acik ko ni dulu pun fail bahasa inggeris.. Time karangan segala perkataan inggeris tu main tuang aje jdkan st karangan. Pndai2 cikgu lerr nk ltk mrkah ke tdk ms tu. Dr ko xreti lgsung, kan bgus ko biarkan kosong, dr ko tulis yg tah pape.. Org pertama yg sedih, dah tentu cikgu ko. Klu mak ayh ko plk yg tgk ni, lg berganda sedih + malu.
Moga kau dah besar kelak, semua ni akn buat kau lbh beradab dan mnjadi yg lbh baik “-Netizen

ANTARA KOMEN NETIZEN:

Mereka meluahkan rasa kesal dengan penggunaan media sosial yang memberi kesan negatif kepada anak-anak sehingga sanggup bersikap acuh tidak acuh dengan guru dan ilmu pengetahuan.

” harap sistem pendidikan dekat malaysia ni dah boleh ubah semula yang lebih baik.. tapi terapkan pembelajaran adab dan bahasa yang baik untuk anak murid.. supaya kita tidak jumpa generasi anak muda yang ketandusan adab dan bahasa macam pelajar begini.. jika anak saya pun macam ni dengan senang hati saya ajar dia balik macam mana adab dia sepatutnya dengan guru yang memberi dia ilmu..sedih tengok generasi sekarang ni.. sampai kadang kala rasa tertekan nak besarkan anak-anak dengan zaman serba tak kena ni ” -Netizen

Kredit: Nurzuhaili Shamsudin

Leave a Reply

Your email address will not be published.