Semasa

Manisnya poligami, suami bagi bini muda RM20k sebelum balik rumah isteri tua

Soal poligami bukan sesuatu yang boleh diterima dengan baik oleh semua orang. Kadang-kadang boleh buat ramai perempuan ‘panas telinga’ apabila mendengarnya.

Jika sudah ditakdirkan begitu, suami isteri perlu bertolak ansur supaya dapat hidup dalam keadaan harmoni bersama.

Dalam kehidupan berpoligami, kebiasaannya si suami akan bergilir bermalam di rumah bini masing-masing dan berlaku adil.

Kisah sama juga sempat dikongsi oleh seorang wanita bernama Farah Zurkanaini ini dalam satu video di TikTok sebagai isteri kedua.

Difahamkan, suaminya waktu itu ingin pulang ke rumah isteri pertama seperti biasa.

Namun, tak sangka tiba-tiba lelaki berkenaan menghulurkan sejumlah wang yang cukup banyak dipercayai bernilai RM20 ribu sebagai duit belanja.

Dalam pada itu, wanita tersebut sempat berseloroh ingin meminta sebuah istana pula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi Farah.

Selain itu, ramai juga sempat bertanyakan apakah rahsia wanita tersebut bertahan dalam kehidupan berpoligami.

Dia yang merupakan isteri kedua juga sempat berseloroh  diruangan kapsyen dengan meminta sebiji istana memandangkan duit RM20,000 senang sahaja diberinya.

Perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai dan telah ditonton lebih dari 300 ribu viewers tidak sampai sehari dimuat naik. Rata-rata mereka berasa gembira dengan kebahagian yang dikecapi pengguna TikTok itu.

Ada juga yang mengatakan jika suami dapat memberikan duit belanja sebesar itu, hidup dimadukan pun tidak mengapa kerana tahu suaminya mampu menanggung segala keperluan isteri-isteri.

 

Saja Minta Duit Belanja Sebelum Suami Balik Rumah Bini Tua, Terus Dapat RM20K 3

Saja Minta Duit Belanja Sebelum Suami Balik Rumah Bini Tua, Terus Dapat RM20K 4

Saja Minta Duit Belanja Sebelum Suami Balik Rumah Bini Tua, Terus Dapat RM20K 5

Kredit: TikTok Farah Zurkanaini

Leave a Reply

Your email address will not be published.