Semasa

Masjid di Al Aqsa Diserang P0lis lsr@el Ketika Solat Subuh. Berpuluh Jemaah Cedera Parah

Puluhan anggota polis Israel didakwa menyerbu Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis awal pagi tadi ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh.

TONTON SEMUA RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Memetik Palestin News Agency (WAFA), saksi mendakwa polis menyerbu perkarangan masjid itu ketika beribu-ribu jemaah termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak sedang menunaikan solat Subuh.

Polis Israel didakwa menembak peluru getah, membaling stun grenade dan gas pemedih mata ke dalam ruang solat. Jemaah yang panik dilapor bertempiaran melarikan diri dan mencari tempat selamat untuk berlindung daripada serbuan tersebut.

Berdasarkan laporan, Israel telah mengetatkan syarat kemasukan untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa dengan mengehadkan kemasukan kepada jemaah wanita dan lelaki yang berumur 50 tahun ke atas sahaja.

TONTON SEMUA VIDEO DI BAWAH:

 

 

 

Sumber: Palestine News Agency (WAFA)

Leave a Reply

Your email address will not be published.