Semasa

Masjid Dib0m ketika Solat Jumaat, Sekurang-Kurangnya 30 Terbvnuh

Sebuah masjid di Pakistan dibom pada Jumaat dan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan lebih 60 orang cedera, lapor Al-Jazeera.

Letupan bom berkenaan dikatakan berlaku dari dalam Masjid Kucha Risaldar, ketika lebih dari 30 orang jemaah sedang berkumpul di dalam masjid tersebut untuk menunaikan solat Jumaat.

Menurut Ketua Polis Peshawar, Muhammed Ejaz Khan, kekecohan bermula dari dua orang penyerang bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah pihak polis yang berada di luar masjid.

Bahagian kecemasan hospital itu dikatakan sesak dengan mangsa pengeboman berkenaan dan para doktor kini sedang mencuba sedaya upaya mengalihkan mangsa yang tercedera ke dewan bedah untuk tindakan lanjut.

Kejadian seperti serangan pembunuhan

Jelas salah seorang pegawai polis setempat, Mohammad Sajjad Khan, pihaknya kini sedang menyiasat keadaan sebenar yang menyebabkan masjid di barat laut Pakistan itu dibom oleh kumpulan yang melancarkan serangan.

“Kami dalam situasi kecemasan dan mereka yang tercedera sedang dibawa ke hospital. Kami sedang menyiasat keadaan letupan tetapi ia kelihatan seperti serangan pembunuhan,” katanya memetik laporan Al Jazeera.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan memetik laporan Independent mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan itu dan mengarahkan autoriti setempat menangani mereka yang terkesan secepat mungkin.

Setakat ini, masih belum dapat dikenal pasti pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas masjid tersebut. Namun dikatakan kejadian serangan seperti ini bukan pertama kali terjadi di kawasan berkenaan.

Video kejadian pengeboman ini telah disiarkan secara meluas di media sosial ketika ini.

Sumber: IndependentAl Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published.