Semasa

Maut dibelasah sebab RM4, bapa reda kehilangan anak – “Arwah baik, dengar kata”

Seorang bapa reda dengan pemergian anak lelakinya yang meninggal dunia disyaki akibat dibelasah rakan senior di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin di Kuantan dalam kejadian petang Ahad lalu.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Qurbani Azhar Rahimi bersyukur apabila urusan pengebumian anaknya arwah Muhammad Hafdan berjalan lancar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugur petang tadi.

Untuk makluman, kanak-kanak berusia 11 tahun itu dipercayai telah disepak, dicekik dan dihempas ke lantai oleh rakannya kerana disyaki mengambil duit sebanyak RM4.

“Sebagaimana yang telah diberitahu, saya reda dengan segalanya. Untuk pihak kompleks dan rakan-rakan mangsa, saya memohon agar diberikan kemaafan buat arwah sekiranya arwah ada melakukan sebarang kesilapan.

“Memang sangat merasai kehilangan arwah kerana dia seorang yang baik, mendengar kata dan bertanggungjawab,” kata bapa berusia 40 tahun itu.

Maut dibelasah sebab RM4, bapa reda kehilangan anak – “Arwah baik, dengar kata”

ANTARA KOMEN NETIZEN:

Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek direman tujuh hari hingga 27 Mac ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Utusan Malaysia (Norhafizan Zulkifli) [1] & [2]

Leave a Reply

Your email address will not be published.