Semasa

Membawang sampai kepala tersangkut di celah jeriji pintu selama 5 jam

Seorang wanita berdepan dengan detik cemas apabila kepalanya tersangkut di jeriji besi rumah jirannya selama jam.
Dalam kejadian yang berlaku di bandar La Virginia, mangsa sebelum itu pergi ke rumah jirannya.
Mangsa ‘membawang’ dengan jirannya dengan menyandarkan kepala di jeriji pintu dan secara tiba-tiba kepalanya termasuk ke celah besi jeriji tersebut.
Menurut laporan lain pula, mangsa dikatakan memasukkan kepalanya di celah jeriji besi itu untuk memanggil atau melihat sama ada jirannya ada di rumah atau tidak tanpa menyedari tindakannya itu menyebabkan kepalanya tersekat.
Jirannya yang menyedari kejadian itu segera datang membantu mengeluarkan kepalanya, tetapi gagal berbuat demikian, lalu menghubungi pihak bomba untuk datang membantu.
Mangsa terpaksa menahan derita selama lima jam sebelum anggota bomba tiba di lokasi dan memotong jeriji besi itu untuk menyelamatkannya.
Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi trauma dengan keletihan selepas lima jam menahan kesakitan kepala tersangkut di jeriji besi.
Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admACin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.