Semasa

Muncul satu lagi video pensyarah hina B40, dakwa Rektor juga ‘patuh’ cakapnya?

Warganet hari ini ‘panas’ mengenai isu seorang pensyarah yang didakwa menghina seorang pelajar B40 selepas satu video beliau sewaktu sesi pengajaran secara dalam talian tular di platform media sosial.

Terbaru, muncul sebuah lagi video dimuat naik seorang pengguna Twitter @awadulahysr mendakwa pensyarah berpangkat Profesor Dr itu memarahi pelajarnya yang lewat menyertai kelas secara ‘online’ .

RAKAMAN VIDEO TULAR ADA DI BAWAH SEKALI

Muncul satu lagi video pensyarah hina B40, dakwa Rektor juga ‘patuh’ cakapnya?

Rakaman berdurasi seminit 17 saat itu memaparkan beliau mempersoalkan sebab pelajar tersebut hadir lewat sebelum ‘meleret’ bercerita tentang para pensyarah yang didakwa sangat mendengar kata-katanya.

“All your lecturers patuh kepada aku and yet you came late. Kenapa kau masuk lambat? You tell me. Kepala ot*k kau, mesti jenis bukan sembahyang subuh.

“I told you, sebelum kau pergi kelas, kau kena datang awal. One more time, I halau you dari kelas ni. Kau cari pasal. Semua lecturers takkan melawan aku, rektor takkan melawan aku,” katanya selepas pelajar itu menjawab terbangun lewat.

Video dimuat naik @inderasakti_kl itu diulang kicau lebih 1,000 kali dan menerima 1,348 tanda suka selain pelbagai kecaman netizen yang kurang berpuas hati terhadap pensyarah terbabit.

Namun, @awadulahysr yang sudah memadam video tersebut menjelaskan bahawa dia bukan menyokong tindakan pelajar itu sebaliknya hanya mahu mendedahkan sikap pensyarah berkenaan yang didakwa riak.

Seorang lagi pengguna Twitter @inderasakti_kl mengakui tindakan pelajar B40 itu adalah bijak apabila mendedahkan perkara tersebut selepas tamat pengajian.

“Bila tengok video ni, baru faham kenapa student tu tunggu habis belajar baru dia viralkan. Sungguh menakutkan prof ni. Dia kata, tak kata takda sesiapa berani lawan dia. Mak aiii,” tulisnya.

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:

 

Bila tengok video ni, baru faham kenapa student tu tunggu habis belajar baru dia viralkan. Sungguh menakutkan prof ni. Dia kata, tak kata takda sesiapa berani lawan dia.

Sumber Omm

Leave a Reply

Your email address will not be published.