Semasa

Pelawak terkenal, Pian Cecupak meninggal dunia

PELAWAK terkenal Pian Cecupak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam, Rabu di kediamannya.

Menurut adik kepada Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman iaitu Hasenah, Allahyarham ditemui terbaring dalam bilik air oleh ibunya.

Susulan itu pelawak berusia 52 tahun itu perlu membuat rawatan angiogram yang kos perubatannya ialah RM5,000.

Dalam pada itu, Hasenah memberitahu jenazah kini berada di rumah ibu mereka yang terletak di Taman Dato’ Senu, Kuala Lumpur untuk urusan pengebumian.

“Jenazah akan diuruskan di surau berdekatan rumah. Insya-Allah urusan kebumian akan dilakukan pada pagi esok. Tak pasti lagi kebumi di mana,” ujarnya.

Pian lahir ke dalam dunia hiburan menerusi rancangan realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *