Semasa

Pemandu meninggal kena serangan jantung, kereta terbabas rempuh pam minyak

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu insiden melibatkan rempuhan di pam minyak Shell Taman Teluk Gedang Indah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Mohd Ezwan Shah, dapat dilihat sebuah kenderaan merempuh pam minyak serta sebuah motosikal yang kebetulan sedang mengisi minyak di situ.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Langgar pam minyak

Difahamkan pemandu kenderaan tersebut adalah lelaki warga emas yang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba.

Meninggal dunia di tempat kejadian

Apa yang menyedihkan, disebabkan serangan jantung tersebut, warga emas berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan rempuhan itu terjadi disebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan daripada terbabas.

Salam takziah buat keluarga uncle 

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan salam takziah kepada keluarga warga emas terbabit.

Mereka juga sempat menitipkan pesanan supaya menjaga kesihatan dan memandu dengan berhati-hati kerana malang itu tidak berbau.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: TikTok Mohd Ezwan Shah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *