Semasa

Peminat Datang Tegur Masa Live Beli Barang, Sikap Humble Anju Dipuji

Walaupun baru masuk pertengahan tahun 2021, namun pelbagai dugaan telah dihadapi oleh Zarina Anjoulie. Selain pernah dikecewakan oleh bekas suami, terbaru dia juga mendakwa terdapat ‘orang dalam’ yang tidak bertanggung jawab menyebarkan gambarnya ketika berada di sebuah balai polis.

Meskipun dilanda pelbagai kontroversi, namun selebriti yang mesra dipanggil Anju ini nyata masih tenang dan sporting di tempat awam. Misalnya ketika sibuk membeli-belah semalam, tidak semena-mena dia ‘disergah’ seorang peminat yang kebetulan turut berada di sana sambil menonton IG Live disiarkannya.

Pun begitu, namun Anju membalas respon peminat berkenaan dengan baik. Tak cukup dengan itu, dia malah siap bertanya adakah pemuda tersebut mahu menangkap gambar bersama. Meskipun rasa agak bersalah kerana membuat aktres ini terkejut, namun pengguna TikTok bernama Kay ini akui seronok dapat peluang beramah mesra dengan pelakon tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji reaksi spontan Anju yang begitu humble dan sporting layankan peminat. Selain memuji penampilan cantiknya dalam klip video tersebut, segelintir mereka turut berkongsi pengalaman manis dapat berurusan dengannya sebelum ini.

[VIDEO] Peminat Datang Tegur Masa Live Beli Barang, Sikap Humble Anju Dipuji

[VIDEO] Peminat Datang Tegur Masa Live Beli Barang, Sikap Humble Anju Dipuji

[VIDEO] Peminat Datang Tegur Masa Live Beli Barang, Sikap Humble Anju Dipuji

[VIDEO] Peminat Datang Tegur Masa Live Beli Barang, Sikap Humble Anju Dipuji

Sumber: TikTok its_k4y