Semasa

“Pihak yang kejar harta bukan isteri Abam, tetapi plaintif..” – Hakim

Berikutan kes saman fitnah membabitkan keluarga pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali pagi tadi, pihak media turut melaporkan mengenai prosiding Hakim Zulqarnain Hassan.

Menerusi laporan Sinar Harian, Zulqarnain berkata, pihak mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta ialah plaintif-plaintif dan bukannya defendan.

“Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.

“Perbuatan itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan…

“…bagaimana untuk mengharungi masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil,” ujarnya.

Tambah beliau, pihak mahkamah berpuas hati mengenai situasi pada ketika itu yang pasti menyedihkan bagi isteri Allahyarham kerana masih dalam keadaan tertekan.

“Pihak yang kejar harta bukan isteri Abam, tetapi plaintif..” – Hakim

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *