Semasa

Rakaman Dashcam KemaIangan DiKatakan BerIaku Di Ulu Yam

GERAM juga bila tengok video kemaIangan sebegini. Bukan apa, sebabnya salah satu pihak ini memang tak bersalah – tapi sudahnya dia yang kena langgar.

Dalam satu video yang dikongsikan di laman Facebook Careta, kelihatan sebuah Wira sedang melalui jalan yang penuh berliku.

Semuanya cukup tenang, ditambah lagi dengan kehijauan di kiri kanan. Namun semuanya berakhirnya bila munculnya kelibat Toyota Yaris berwarna putih.

Daripada salah satu video yang dikongs LLCikan, boleh disaksikan dengan jelas bahawa Proton Wira berkenaan sudah mengelak sehabis baik apabila melihatkan keadaan Yaris yang tidak terkawal di selekoh.

Namun apakan daya, Yaris hilang kawalan lalu menghentam Wira. Tidak diketahui sama ada BMW di belakang Wira turut terkena hentaman atau tidak.

Bagi netizen yang melihatkan perkara berkenaan, sudah pastinya timbul rasa marah terhadap pemandu Yaris berkenaan.

Rakaman Dashcam KemaIangan DiKatakan BerIaku Di Ulu YamRakaman Dashcam KemaIangan DiKatakan BerIaku Di Ulu Yam

Dalam pada itu, pemandu Yaris kelihatan berlari meninggalkan kenderaannya selepas beberapa ketika berlanggar.

Apa yang membimbangkan ialah menurut beberapa komen yang ditinggalkan bahawa terdapat ibu mengandung di dalam Wira berkenaan namun tidak diketahui sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

TONTON RAKAMAN VIDEO DASHCAM DI BAWAH:

 

https://www.facebook.com/871094146316421/posts/4329447633814371/

Apa pun, semoga kejadian ini menjadi iktibar buat kaki kereta yang suka test kereta atas jalan raya dan semoga urusan individu yang menaiki Wira berkenaan dipermudahkan.

sumber : Gulapop

Leave a Reply

Your email address will not be published.