Semasa

Ramai Kutuk Imej Suami Heliza Helmi, Rupanya Dah 17 Tahun Bela Janggut

Tiada angin tiada ribut, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi selamat bergelar isteri kepada seorang dan jutawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman semalam.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Bagaimanapun, imej janggut Mahadi yang mencecah paras perut lebih mengundang perhatian warganet kerana jarang melihat seseorang berpenampilan seperti itu.

             

Menerusi ciapan di laman Twitter, beberapa indivu dipercayai kurang gemar bagi melihat imej ahli perniagaan itu selain dituduh tidak secocok dengan Heliza atau mesra dipanggil Kak Ja.

Sementara itu, menerusi satu video di akaun TikTok @produk.muslim.bmf, difahamkan ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu sudah 17 tahun menyimpan janggutnya sejak berusia 22 tahun.

Meninjau ke ruangan komen, terdapat segelintir membidas semula kutukan tersebut. Namun tidak kurang ada juga yang berterusan mempersoalkan imej Mahadi.

ANTARA KOMEN NETIZEN:

         

Terdahulu, pasangan itu bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dimana Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Sumber: Twitter , TikTok @produk.muslim.bmf , Instagram Aqo Imran & Arkadiusgift & PWB HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *