Selepas penyertaannya dalam rancangan ‘Big Stage 2022’ tempoh hari, nama Iqbal Zulkefli kembali disebut-disebut. Meskipun menjadi peserta pertama yang tersingkir di pentas berkenaan, namun rezeki usahawan tersebut berterusan masuk sehinggakan menerima tawaran berlakon dalam satu drama bersama nama-nama besar seperti Zul Ariffin.
WANITA, SYARAT BERUMUR 40 TAHUN KE ATAS SAHAJA. SAYA BUJANG TINGGAL SENDIRIAN
Terbaru, pemuda berusia 28 tahun tersebut sedang mengiklankan pencarian pembantu rumah baru untuknya menerusi beberapa update di Instagram. Namun ada beberapa perkara yang disenaraikan oleh Iqbal menjadi perhatian ramai.
Jadi bagi mengelakkan sebarang gangguan, Iqbal terpaksa mengambil pembantu yang mempunyai sifat keibuan serta dapat elak dari berlaku kejadian lari bersama teman lelaki. Pada awalnya, usahawan itu agak keberatan, namun akhirnya dia terpaksa supaya keadaan rumah lebih terurus dan juga teratur.
Kredit: Instagram IqbalZulkefli