Semasa

Saakitnya hati bila tgk menantu arahkan anak sy basuh pinggan sendiri, sy diam je xnak gduh

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pangajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Maaf jika cerita saya amat keterlaluan. Saya mempunyai dua menantu yang tinggal bersama saya, kedua nya rajin, ada kala nya malas, sehingga rajin keluar membeli lauk siap. Saya cuma cakap pada mereka kalau ada duit tu simpan la sama, kedua mereka nampak degil.

kita kata jangan tu la dorang akan buat seperti tidak menghiraukan kata2 mak mertua. kenapa ye menantu zaman sekarang tidak seperti menantu dulu2. Kalau menantu dulu2 bangun terus masak, menantu saya pulak bangun2 terus main henpon.

Suami balik dihidang nya makanan luar. Kalu saya suruh ank saya bawak bini dia keluar siapa pulak nak tengok2 kami berdua semakin tua.

See, semua nampak perfect kan? Kehidupan didunia ini sentiasa penuh dengan ujian dan Allah akan sentiasa uji umatnya berdasarkan apa yang kita mampu.

Besar atau kecil, semua terserah kepada umatnya. Dan Ya, aku diuji dengan ipar duai dan mertua.

Aku terasa dangan ibu mertuaku baru-baru ini, setelah lama dah ubati hati sendiri. All this while, aku jauhkan diri aku dan bercakap bila perlu supaya tak terkecil hati dengan keluarga suami . Tapi ptah hati pun, hati sentiasa menginginkan kasih sayang dengan keluarga mertua.

Mulai dengan masuk ke kedai emas dengan niat untuk membeli hadiah kepada boss aku sempena majlis perpindahan beliau dan aku sebagai perempuan, mesti lah aku mahu belikan sesuatu untuk diri aku juga.

Di situ ibu mertua ku sibuk menceritakan emas yang dibelinya dan emas & batu berlian yang diberikan kepada ipar duai ku.

Aku tahu aku cuma menantu, tapi, you dont have to make it obvious. Sebab aku terasa. Bukan sebab aku bukan mahu sangat intan berlian tu kerana aku mampu beli sendiri, tetapi sebab aku terasa dibeza beza kan.

Anak biras diberikan rantai emas tetapi dimintanya semula dan diberikan kepada anak kakak iparku. See the differences? Antara menantu dan drah daging.

Awal perkahwinan aku tidak mengesyaki apa2. Semua berubah apabila aku dapati semua perkara yang dipakai diperhatikan oleh mertua.

Awal perkahwinan, suami terlepas cakap dimana sebelum perkahwinan, ibu mertuaku kata “bukan cantik mana pun nak kahwin dengan dia ni”.

Tapi Allah itu maha kaya & mengetahui, kerana sebelum berkahwin (fitting baju kahwin, beli cincin dll), ramai jejaki datang bagi/ minta number telefon depan mak mertua & ipar duai, tidak kira dikedai makan atau mana mana kedai. Tidak, aku bukan lah bangga.

Cuma selepas mengetahui apa kata-kata mertua, reaksi aku, “oh, patut lah”. Siapa yang tidak terasa apabila ibu mertua sendiri berkata-kata begitu?

Never in my life, I would comment about others- their faces, physical, attire. It just so wrong and unkind. Just be nice and move along with everyone. Embrance everyone.

Aku persoalkan suami aku, namun dia hanya mampu diam. Macam baru kene hempuk baru nak sedar dengan apa yang berlaku.

Aku berkahwin ketika menjadi pelatih dan jadual aku sangat lah sibuk kerana aku tidak mempunyai hari mingguan. Penuh dengan oncalls. Cuti kahwin pun 4 hari, 2 hari belah perempuan, 2 hari belah lelaki.

Betapa gembiranya aku apabila boss meluluskan cuti 1 hari untuk jumaat & mempunyai 2 hari yang free untuk weekend selepas beberapa bulan berkahwin.

Sebagai pengantin baru, mesti seronok kan dan kami membuat keputusan untuk ke utara. Booking bilik yang best untuk pengantin baru, plan ke sana ke sini untuk aktiviti itu dan ini.

Tapi semuanya bertukar apabila ibu mertua suruh bawa adik perempuan suami. Kerana dia mahu ikut.

Ya, bawa adik perempuannya ke honeymoon kami. Suami dengan lurusnya, katakan ya, dan dengan bilik honeymoon kami, kami tidur bertiga. Cuma aku rasa pelik, umur dah 22 tahun adiknya, kenapa tiada common sense? Hahahahahaha.

Baju-baju, emas dll semua kepunyaanku diperhatikan dan dibanding-bandingkan dengan barang kepunyaannya & anak-anaknya (ipar duai).

Sanggup berjalan daripada jauh datang untuk menegur bajuku “beli dekat mana? Beli bila? Eh mak pun ada baju ni’’ walhal baju tersebut adalah baju 5 tahun lepas tetapi masih cantik dan aku pakai baju tersebut untuk Hari Raya ketika hari raya pertama kali dengan keluarga suamiku.

Aku dibesarkan dengan mempunyai Ibu bapa yang suka mendidik anak-anak supaya tidak merendah-rendahkan orang, hormat semua orang hatta orang tersebut orang susah. Bantu sesiapa sahaja yang perluukan bantuan terutamanya orang susah.

Ibu bapaku tidak mendidik kami dengan kemewahan/ wang ringgit tetapi dalam diam, mereka membelikan anak-anak barang yang berkualiti, supaya kami dapat pakai barang tersebut dengan lama.

Contohnya, baju kurung yang aku ada daripada belasan tahun masih cantik dihari ni, seperti baru. Maniknya masih utuh. Membeli emas perhiasan untuk anak-anak sebagai hadiah. Bukan untuk menunjuk tetapi untuk dipakai terutamanya dihari raya.

Mak ayah aku adalah dari golongan orang senang dan kami adik beradik dididik supaya tidak ada sifat menunjuk. Sebab itu kami boleh berkawan dengan pelbagai latar belakang ketika disekolah mahupun di university.

Huhu. Namun semua itu berubah & aku menjadi self consious dengan semua perkara apabila berkenalan dengan keluarga mertua. Terasa diri ini dibandingkan dan macam ada orang nak berlumba lumba untuk dapat nombor satu dalam kelas pula haha.

Tentang ipar duai, jangan salah faham. Aku cuba untuk berbaik. Cuba bergaul. Lama kelamaan aku terasa aku yang terkial-kial cuba berkawan dengan mereka dan akhirnya aku menyerah kalah. Atau mungkin aku yang tidak pandai bergaul dengan mereka.

Aku berhenti berusaha, apabila mereke (bersama suamiku) ke europe ketika itu (aku tidak pergi kerana kerja), ipar duai menanyakan siadiknya, ibunya belikan apa utk aku dan dia jawab ‘kakak Casablanca bukan anak mak, buat apa mak belikan. Abang A lah belikan sbb dia isteri abang A).

Dan aku terkebil2 sebab blur sangat (time tu baru kahwin). Bila lama lama baru aku faham, oh aku orang luar, bukan keluarga, hanya sebagai isteri abangnya.

Aku bukanlah materialistik. Aku bukan mengharapkan barang. Tapi kata-kata tu sampai sekarang tersemat difikiran aku sebab aku rasa hati macam kene hiris halus halus.

Tetapi tidak mengapa, aku masih mempunyai keluarga sebelah suami ayah aku yang layan aku macam keluarga dan aku seronok setiap kali balik ke kampung sebelah ayah suami ku. When they welcome me as a family, i will treat them more.

Bukan itu sahaja, apa2 perkara akan didahuluukan anak-anaknya dahulu, baru menantu. Ipar duai yang berniaga, ibu mertua yang ‘approach’. Bukan mereka. Nak kata malu, mereka perempuan. The same age as my sisters and myself. I felt like outsider.

Perasaan daripada kecil hati bertukar menjadi amarah dan menjadi pendndam. Daripada sorang yang naive, yang tidak mengerti apa-apa terasa semakin galak dalam membeli emas, pakaian, you named it.

Tetapi hanya pakai bila jumpa mertua & ipar duai. Jahatnya aku masa ni sebab guna psychological war. But this habit was done. Aku hentikan 2 tahun yang lepas. Letih berlawan dengan orang t0xic macam ni.

Aku beli bila aku nak beli sesuatu perkara untuk self rewards, bukan untuk berlumba-lumba untuk dapat nombor 1. Letih bergduh dengan suami hanya kerana perangai mereka.

Aku remove ipar duai daripada social media terutamanya instagram. Buat apa dalam friendlist tapi tidak bertegur sapa, bertanya khabar. Balik kampung just tolong didapur apa yang patut, kemudian duduk diam2 jika tiada apa2.

Once aku dah let go segala galanya, Alhamdullilah, I am happy. Semua benda Allah berikan dan aku patut bersyukur dengan segala-galanya. Setelah beberapa tahun baru aku sedar, ujianku ini adalah tidak seberapa dengan orang yang lagi susah diluar sana.

Bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada, Allah akan bagi lebih lagi kepada kita. (‘If you are grateful, I will certainly give you more. But if you are ungrateful, surely My punishment is severe.’ 14:7).

Pengajaran yang aku dapati dekat sini adalah:

1. Bila dah adik beradik berkahwin atau ada orang baru masuk dalam keluarga kita, embrace them. Hug them. Treat them like a family. (Dan mama papa, terima kasih kerana terima suamiku dan ipar duai seperti anak-anak sendiri. Treat us equally. Sayang mama papa sangat-sangat)

2. Suami bila berkahwin, lindungi isteri daripada dibuuli/diskiti dan vice versa untuk si isteri.

3. Suami, ketahuilah antara hak seorang isteri & tanggungjawab kepada ibu anda.

4. Isteri, fahamilah suami anda. Kerana dia adalah anak lelaki dan syurganya dibawah tapak kaki ibunya. Know your limit. Be nice but firm kerana suami sentiasa akan tersepit antara ibunya dan isterinya.

5. Mak mertua, tolong jangan masuk campur hal urusan rumahtangga anak-anak.

6. Bila aku jadi mak mertua esok esok (walaupun just ada anak kucing sekarang ni, i would give him/her everything in world just like how I want myself to be treated)

7. Be nice be nice be nice and love yourself even more

Dan kawan-kawan yang mempunyai mertua & ipar duai yang baik, Alhamdullilah. Itu adalah rezeki kamu dan aku gembira untuk kamu.

Sekian bebelan aku yang tak seberapa ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.