Semasa

Seorang Calon Sudah Dapat Sokongan Majoriti, Tan Sri Annuar Musa Dedah Segalanya

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, mend.akwa seorang calon Barisan Nasional (BN) sudah memiliki sokongan melebihi majoriti diperlukan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

D.akwanya, BN yang memiliki 42 kerusi di P.arlimen, berjaya mendapatkan sokongan secara hitam putih berjumlah lebih 69 Ahli P.arlimen beberapa parti, sekali gus melebihi sokongan majoriti 111 Ahli P.arlimen yang diperlukan.

Individu itu berkemungkinan Naib Presiden U.MNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini dilaporkan turut mendapat sokongan P.erikatan Nasional (PN).

Seorang Calon Sudah Dapat Sokongan Majoriti, Tan Sri Annuar Musa Dedah Segalanya

“BN mempunyai 42 saja kerusi P.arlimen dan bagi membolehkan calon Perdana Menteri dipilih, BN memerlukan sekurang-kurangnya 69 lagi sokongan daripada parti-parti lain, menjadikan sekurang-kurangnya (sokongan) 111 daripada 220.

“Alhamdulillah, baru sebentar tadi selesai perbincangan dengan Ahli P.arlimen dan wakil parti-parti sahabat yang lain untuk mohon menyokong seorang calon daripada BN.

“Kami amat terharu kerana sejumlah lebih daripada 69 yang diperlukan, bersetuju bagi memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calon BN,” kata Annuar menerusi Facebook, hari ini.

Seorang Calon Sudah Dapat Sokongan Majoriti, Tan Sri Annuar Musa Dedah Segalanya

Sehubungan itu, Annuar berkata, semua Ahli P.arlimen BN akan bermesyuarat dengan Pengerusi BN yang juga Presiden U.MNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan perkembangan itu.

“Saya sendiri juga sudah menghubungi Presiden U.MNO untuk satu panduan dan kata sepakat, mengambil kira perkembangan terkini serta surat notis Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini,” katanya.

Terdahulu, BH melaporkan semua Ahli P.arlimen dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) U.MNO mengadakan mesyuarat malam ini bagi membincangkan berhubung calon Perdana Menteri, untuk diserahkan kepada Istana Negara esok.

Seorang Calon Sudah Dapat Sokongan Majoriti, Tan Sri Annuar Musa Dedah Segalanya

Difahamkan, mesyuarat yang dijangka dihadiri semua 38 Ahli Parlimen U.MNO itu adalah bagi mem.utuskan hanya satu nama sebagai calon Perdana Menteri, untuk diserahkan kepada Istana Negara.

Setiausaha Agung U.MNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut dilaporkan berkata, U.MNO sedang berunding sesama Ahli P.arlimen dan pemimpin tertinggi parti itu hari ini bagi mem.utuskan hanya seorang saja nama calon Perdana Menteri untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong esok.

Ia susulan notis dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta Ahli Dewan Rakyat menyerahkan surat akaun bers.umpah menamakan seorang calon Perdana Menteri kepada Istana Negara, sebelum jam 4 petang esok.

Seorang Calon Sudah Dapat Sokongan Majoriti, Tan Sri Annuar Musa Dedah Segalanya

Sebelum ini, beberapa nama dikatakan menjadi pertimbangan sebagai calon Perdana Menteri daripada U.MNO, antaranya Ismail Sabri dan penasihat U.MNO, yang juga Ahli P.arlimen Gua Musang, Tengku Razalegh Hamzah.

Setakat ini, Ismail Sabri yang juga Ahli P.arlimen Bera memperoleh jumlah sokongan teramai daripada Ahli P.arlimen U.MNO dan Barisan Nasional (BN), serta daripada PN yang merangkumi P.AS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ismail Sabri juga dikhabarkan sudah mendapat sokongan lisan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta mengadakan pertemuan dengan Presiden U.MNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang turut dihadiri pimpinan tertinggi U.MNO di ibu pejabat parti itu, tengahari tadi sebelum Ahmad Zahid bergerak ke Istana Negara.

Kredit : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.