Semasa

Sering Bangga Tayang Kehidupan Mewah, P0Iis Sita Aset Milik Instafemes Ini Bernilai RM18.7 juta

Sudah menjadi kebiasaan di mana orang ramai lebih tertarik kepada mereka yang lebih tampak berjaya dan kaya dalam usaha untuk mengikuti usahanya agar-agar sama-sama memiliki nasib yang sama.

Dalam pada itu, hal ini secara tidak langsung turut membuatkan sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan ‘berkongsi’ kehidupan mewah mereka di media sosial khususnya Instagram dalam menarik lebih ramai individu menyertai ‘bisnes’ yang diceburi beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Doni Salmanan (@donisalmanan)

Pihak polis juga merampas 18 unit kenderaan motosikal pelbagai jenama dan warna seperti Ducati, Kawasaki, Honda dan Yamaha,” katanya.

Menurut Asep, pihak polis menyita enam kenderaan seperti Lamborghini, Porsche, BMW, Toyota Fortuner dan Honda CRV.

“Kita juga menyita 27 dokumen seperti sijil hak milik, buku simpanan bank, kad debit ATM. Turut dirampas adalah 20 alat elektronik seperti telefon bimbit, kad sim, komputer riba dan IPAD,” katanya.

Asep berkata, sebanyak 22 jenis pakaian dari pelbagai jenama mewah seperti Hermes, Dior dan Canali turut dirampas.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VIVA.CO.ID (@vivacoid)

Berikutan penahanan yang dibuat oleh pihak polis, Doni Salmanan nampaknya turut membuat permohonan maaf kepada seluruh warga Indonesia serta berharap agar orang ramai mengampuninya.

Dilaporkan ‘skim pelaburan’ yang dijalankan secara besar-besaran ini telah merugikan sejumlah besar orang ramai di mana terdapat individu yang kehilangan sehingga 380 juta rupiah (RM111,500) berikutan terpedaya dengan skim penipuan yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda.

Malah, terdapat juga wanita mengandung yang kehilangan berat badan sehingga 12 kilogram berikutan terjerat dengan pinjaman dalam talian kumpulan ini.

Sebelum ini, Badan Siasatan Jenayah Polis Indonesia turut merampas aset mencecah 57.2 bilion (RM16.7 juta) seorang influencer, Indra Kesuma atau lebih dikenali sebagai Indra Kenz melibatkan kes penipuan pelaburan menerusi aplikasi Binomo.

Berikutan serbuan terhadap Doni Salmaman dan Indra Kenz, Ahmad Saroni selaku wakil polis Indonesia memaklumkan agar pihak polis sedia memburu lebih banyak lagi individu yang terlibat dengan skim pelaburan yang jelas merugikan orang ramai ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *