Semasa

“Shah Iskandar Meninggal Dunia?!” – Shah Iskandar terkejut tonton video berita kematian sendiri di TikTok

PENYEBARAN video di aplikasi TikTok mendakwa Shah Iskandar sudah meningg4l dunia mengejutkan aktor tersebut.

TONTON VIDEO DI BAWAH SEKALI

Gara-gara berita palsu itu, Shah, 40, berkata dia dihujani banyak pertanyaan daripada teman-teman yang mahu mendapatkan kesahihan mengenai video berkenaan.

“Semasa itu saya sedang menjalani penggambaran, terkejut apabila ramai orang bertanya mengenai video berkenaan.

“Saya cari video itu di aplikasi TikTok, rasanya orang yang meninggal dalam berita tu nama dia Shah Iskandar juga tapi individu yang buat video berkenaan pakai gambar saya.

“Saya pun tak pasti cerita sebenar… apa-apa pun Alhamdulillah saya masih hidup lagi,” katanya kepada mstar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shah Iskandar (@shahiskandarmahfuz)

Shah Iskandar terkejut tonton video berita kem4tiannya di TikTok.

“Tak baguslah macam ni, tak selidik dahulu tapi pakai main post kat TikTok, sekarang ni mereka nak content sanggup buat apa sahaja.

“Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tak apa saya dah maafkan orang tu,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *