Pelakon Sharnaaz Ahmad menyedari ramai warganet mengusik dirinya untuk kembali bercinta dengan Shila Amzah selepas memberi sokongan kepada penyanyi tersebut ketika Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) baru-baru ini.
Menurut laporan Utusan Online, dia mengakui tidak mampu menghalang kata-kata peminat yang sentiasa mendoakan tentang jodohnya namun percaya dengan perancangan Allah SWT.
View this post on Instagram
“Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh.
“Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumah tangga.
View this post on Instagram
“Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bunuh semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,” kongsinya.
Sumber: Utusan Online (Siti Athirah Dzulkifly) , Instagram Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah