Semasa

Shuib minta pelihara aib Siti Sarah, henti cerita kebaikan arwah berlebihan – “Mohon tidak keluarkan lagi gambar dan video tidak menutup aurat”

HAMPIR seminggu pemergian Siti Sarah Raissuddin, suaminya Shuib Sepahtu meminta orang ramai tidak lagi memuat naik foto dan video kenangan bersama Allahyarham yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, juga meminta sesiapa yang sudah melakukan demikian agar memadamkannya daripada media sosial.

“Saya ada permintaan mohon tidak mengeluarkan lagi gambar dan video Allahyarham yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

“Saya juga memohon kepada yang sudah memuat naik di media sosial agar mengeluarkan kembali foto dan video tersebut,” ujarnya pada malam Ahad.

Shuib minta pelihara aib Siti Sarah, henti cerita kebaikan arwah berlebihan - “Mohon tidak keluarkan lagi gambar dan video tidak menutup aurat”

Foto kenangan Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah dan tiga anal mereka.

Ahli kumpulan Sepahtu itu berkata demikian menerusi laman sosial Instagram miliknya pada malam Ahad.

Selain itu, Shuib juga meminta orang ramai berhenti menceritakan kebaikan Allahyarham secara berlebih-lebihan.

“Cukup kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah” ujarnya.

Saya ada permintaan mohon tidak mengeluarkan lagi gambar dan video Allahyarham yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

SHUIB

PELAWAK

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 7 Ogos lalu.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM

Leave a Reply

Your email address will not be published.