Semasa

Suami Isteri Ditemui Mati, Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Dalam Bilik Air

CAMERON HIGHLANDS, 10 Mac (Bernama) – Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah flat di Taman Puncak Tringkap, Brinchang di sini pagi tadi.

LIHAT VIDEO & GAMBAR KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam kira-kira 9.45 pagi, dan sebaik tiba di lokasi kejadian menemui kedua-dua mangsa yang terbaring di bilik air rumah di tingkat 2, flat lima tingkat tersebut.

“Sampai di tempat kejadian, kami mendapati masih ada arus letrik di sekitar bilik air dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah dipanggil untuk membantu mematikan arus letrik rumah.

Ramli berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai buruh kebun, selain mempunyai tiga orang iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan dengan lingkungan umur dua hingga 10 tahun.

KOMEN NETIZEN:

ANTARA GAMBAR DI TEMPAT KEJADIAN:

TONTON VIDEO DI BAWAH:

“Kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Tanah Rata untuk bedah siasat, manakala ketiga-tiga anak pasangan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan urusan kebajikan anak-anak mangsa,” katanya dan menambah tiada unsur jenayah yang berlaku dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.