Semasa

Suami merajuk 20 tahun enggan bercakap dengan isteri

HOKKAIDO, JEPUN – Otou Katayama, dari Nara, selatan Jepun, masih tinggal bersama tiga anak dan isterinya, Yumi, meskipun tidak bercakap dan hanya memberikan respon secara mengangguk atau mendengus selama 20 tahun.

Keadaan pasangan itu didedahkan oleh anak lelakinya, Yoshiki, 18, yang menulis surat kepada sebuah program televisyen meminta mereka membantu memperbaiki keadaan itu kerana dia tidak pernah mendengar mereka berdua berbual.

Suami merajuk 20 tahun enggan bercakap dengan isteri
Foto perkahwinan Otou Katayama dan Yumi

Prihatin dengan masalah itu, pihak berkenaan tampil membantu dan mengadakan pertemuan di antara Otou dan Yumi di sebuah taman di mana ia adalah temujanji pertama mereka selepas 20 tahun, sambil disaksikan oleh anak-anaknya.

“Sudah sekian lama kita tidak bercakap. Awak sangat mengambil berat tentang anak-anak”.

“Yumi, sehingga kini awak telah mengalami banyak kesusahan. Saya mahu awak tahu bahawa saya berterima kasih untuk segala-galanya.”

Suami merajuk 20 tahun enggan bercakap dengan isteri
Tiga anak pasangan itu memerhati dari jauh
Suami merajuk 20 tahun enggan bercakap dengan isteri
Anak sebak ibu bapanya kembali bercakap

Otou kemudian menjelaskan dia merajuk dengan Yumi kerana cemburu akan isterinya yang terlalu memberi perhatian dan penjagaan terhadap anak-anak mereka.

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

“Saya seperti cemburu dan saya terus merajuk. Namun, menyesal pun sudah tiada gunakan. Saya harap selepas ini, kita akan buat segalanya bersama-sama,” katanya sambil menundukkan kepala, diikuti oleh isterinya.

Melihat ibu bapa mereka sudah kembali bercakap, ketiga-tiga anaknya menangis, perasaan sedih bercampur gembira bermain di hati. Anak-anak mana yang sanggup melihat ibu bapanya tidak sefahaman. Semoga menjadi pengajaran kepada pasangan yang lain. – The Reporter

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.