Semasa

Suara tetap padu, peminat sedih lihat tulang belakang Zamani kian melengkung

Tahap kesihatan penyanyi legend, Zamani Slam sememangnya diketahui umum tidaklah seperti dahulu lagi. Dia juga tidak merahsiakan tahap kesihatannya dan ia terlihat melalui fizikalnya yang sedikit berubah.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Sebelum ini, Zamani pernah menjelaskan yang dia menghidapi masalah tulang belakang. Penyanyi lagu Gerimis Megundang itu juga tidak menafikan penggunakan dadah satu ketika dahulu memberi kesan kepada penyakit yang dihidapi kini.

Sedih tengok keadaan Zamani

Suara tetap padu, peminat sedih lihat tulang belakang Zamani kian melengkung

Rakaman persembahan tersebut turut dikongsikan Zamani di Instagramnya dan dipenuhi dengan komen daripada peminat yang sentiasa memuji suaranya yang masih tetap merdu walaupun kondisinya semakin berbeza.

Nampak agak kurang selesa dengan struktur tulang belakang

Menjengah ke ruangan komen TikTok Anna Sofia, rata-rata warganet mengakui mengagumi sosok penyanyi tersebut walaupun ada sedikit rasa kasihan melihatnya yang masih gigih menyanyi walaupun struktur badannya kian berubah.

Mereka juga tak lepas daripada mendoakan agar kesihatan Zamani terus membaik dan kekal sihat serta terus menghiburkan orang ramai dengan deretan lagu-lagu ‘berhantunya’.

TONTON VIDEO DI BAWAH:


Sumber: TikTok Anna Sofia

Leave a Reply

Your email address will not be published.