Semasa

Tak Bai digemparkan letupan bom & berbalas tembakan, penduduk di Pengkalan Kubor terkejut

Malam tadi,  negara digemparkan degan kekecohan yang berlaku di Pekan Tok Bai dalam Wilayah Narathiwat, di mana bunyi gegaran beberapa siri letupan bom.

Ekoran kejadian itu, beberapa video tular di Facebook dan jelas menunjukkan api marak, selain bunyi berbalas tembakan.

RAKAMAN VIDEO LETUPAN DAN TEMBAKAN ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi ciapan oleh seorang pengguna, @Haziq_Escobar, kejadian itu turut membuatkan orang ramai yang berada di kawasan sempadan Pengkalan Kubor, Kelantan tidak keruan dan terkejut sebaik sahaja mendengar bunyi balasan tembakan kerana terletak bersebelahan dengan Pekan Tak Bai.

“DAH BAHAYA, MAKIN BAHAYA. RISAU ADA PELURU SESAT JE NANTI. YA ALLAH SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA DI SANA”

Tak Bai digemparkan letupan bom & berbalas tembakan, penduduk di Pengkalan Kubor terkejut

Tak Bai digemparkan letupan bom & berbalas tembakan, penduduk di Pengkalan Kubor terkejutTak Bai digemparkan letupan bom & berbalas tembakan, penduduk di Pengkalan Kubor terkejutTak Bai digemparkan letupan bom & berbalas tembakan, penduduk di Pengkalan Kubor terkejut

Masih belum ada maklumat lanjut

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumat lanjut diterima oleh pihak berkuasa tapi sumber pasukan keselamatan Thailand mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Pekan Tak Bai dan operasi masih lagi dijalankan.

“Operasi pasukan keselamatan masih berjalan buat masa ini (11 malam waktu Malaysia),” katanya semasa dihubungi oleh pihak Sinar Harian.

TONTON DUA VIDEO DI BAWAH:

 

 

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid), Facebook Shauqi Afhrah Ismail, Twitter

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.