Semasa

Terlantar Kerana Bengkak Otak, Bilal Muda Msih Kuat Laungkan Azan Keadaan Separa Sedar & Kritikal

Selalu juga kan kita dengar kisah-kisah penuh inspirasi apabila ada individu yang begitu kuat pegangan agama ‘pergi’ dalam keadaan husnul khatimah. Rata-rata ahli keluarga serta kenalan terdekat mengakui golongan ini memang tak lekang melakukan ibadah sepanjang hidupnya. Sedikit berlainan, namun kisah seorang pemuda ini juga turut menjentik hati.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Di saat sudah di hujung tanduk, kau masih mampu laungkan azan, Allahuakbar.. hebatnya anak muda ni

Menerusi satu rakaman di TikTok, kelihatan seorang pemuda sedang terlantar di sebuah pusat perubatan. Namun meskipun dalam keadaan yang cukup lemah, mulut lelaki berkenaan masih lagi kuat untuk melaungkan azan sepanjang masa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup sebak menyaksikan rakaman tersebut. Dalam pada itu, ramai juga mengambil kesempatan untuk mendoakan kesembuhan pemuda tersebut supaya dapat bertugas menjadi bilal seperti biasa.

Adik kami ni seorang bilal, Alhamdulillah berkat doa.. dia dah semakin membaik

Rupa-rupanya, pemuda yang menjadi perhatian ramai tersebut adalah seorang bilal. Lelaki berkenaan terpaksa ditahan untuk menerima rawatan selepas mengalami bleeding di bahagian otak sehingga menyebabkan bengkak. Walau bagaimanapun, kini keadaannya sudah pun semakin baik dan boleh dimasukkan ke ruangan biasa.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Sumber: Tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published.