Semasa

Tiada Yang Terselamat, Lelaki Menangis Kenangkan Anak & Isteri Dalam Pesawat

Ibarat mengimbau kembali duka lama yang pernah berlaku pada rakyat Malaysia satu ketika dulu, semalam satu pesawat jenis Boeing 737 milik China Eastern Airlines telah dilaporkan terhempas sewaktu dalam perjalanan dari Bandar Kunming ke Guangzhao. Malah kejadian yang berlaku sekitar pergunungan itu turut sempat dirakam beberapa pengguna jalan raya serta masyarakat sekitar.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Tiada Yang Terselamat, Lelaki Menangis Kenangkan Anak & Isteri Dalam Pesawat 2

Tiada Yang Terselamat, Lelaki Menangis Kenangkan Anak & Isteri Dalam Pesawat 3

Pesawat yang baru berusia 6 tahun tersebut dikatakan telah terputus hubungan dengan menara kawalan ketika di atas Bandar Wuzhou. Selepas kejadian berlaku, beberapa orang penduduk yang menghampiri lokasi sempat merakam kesan serpihan dari badan pesawat yang diyakini sudah pun musnah.

 

 

Tiada Yang Terselamat, Lelaki Menangis Kenangkan Anak & Isteri Dalam Pesawat 6

Melihatkan keadaan tersebut, pasukan mencari dan menyelamat percaya kesemua seramai 123 penumpang termasuk 9 orang kru tidak terselamat dalam nahas terburuk itu. Menerusi satu rakaman yang tular di TikTok, seorang lelaki dilihat tidak dapat menahan tangisannya selepas mengetahui berita berkenaan. Rupa-rupanya, difahamkan isteri dan juga anaknya turut berada dalam pesawat tersebut.

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:

 

Kredit: TikTok eifin828 & Portal bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *