Bekas peserta Big Stage, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim bin Muhammad Noor, 25 difahamkan akan melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan tidak lama lagi.
Gambar-gambar pre-wedding bersama tunang tersayang, Nur Fatihah Md Hashim telah tular di media sosial kerana cukup cantik lebih-lebih lagi tema yang mereka tonjolkan agak berbeza daripada kebiasaannya.
TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI
Gambar pre-wedding cantik
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian Fatihah atau lebih mesra disapa Teha di akaun TikTok miliknya, dia telah meluahkan rasa gusar menjelang hari pernikahan mereka susulan bawah matanya terdapat kesan lebam.
Terhantuk bucu meja laa
Namun begitu, disebabkan ramai yang salah sangka, Teha telah menjelaskan yang kesan lebam tersebut adalah disebabkan terhantuk meja dan bukan seperti andaian yang dibuat netizen.
Usop sendiri turut menjelaskan bukan dia yang membuat kesan kecederaan kepada bakal isteri dan hal tersebut dinafikan sendiri olehnya dengan meninggalkan komen di posting tersebut.
TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:
Sumber: OMM