Semasa

Turun 1kg Berat Badan Dapat 1 gram Emas Di Dubai

Nak turunkan berat badan bukanlah perkara yang mudah. Maka tak sedikit yang mengalah lepas cuba rutin turunkan berat badan yang dianggap ketat, tambahan pula untuk golongan pemula.

Tapi kalau ada orang yang nak bayar korang untuk turunkan berat badan, korang sanggup tak?

Kalau korang nak tahu, kerajaan Dubai memberi ganjaran satu gram emas kepada penduduk bagi setiap satu kilogram yang mereka berjaya turunkan.

Hal ini turut diiyakan oleh Irfan Khairi, salah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Dubai melalui video unggahannya di TikTok. Malah menurut pernyataan Irfan di ruangan komen, penduduk bukan warganegara sepertinya juga boleh mengambil bahagian dalam program tersebut.

Peserta-peserta yang menyahut cabaran emas

Dubai merupakan salah satu negara maju yang turut berdepan masalah obesiti dalam kalangan penduduk mereka. Pemberian ganjaran ini dilihat sebagai satu inisiatif yang berkesan untuk menurunkan kadar obesiti di negara tersebut.

Menurut laporan CNN, program ini mula dilaksanakan pada tahun 2013, tepatnya di bulan Ramadhan. Dikatakan masalah obesiti di Dubai berpunca dari gaya pemakanan penduduk Dubai yang gemar akan makanan siap saji atau fast-food serta kurang bersenam.

Nilai satu gram emas di Dubai mengikut pasaran semasa dianggarkan kira-kira 212 Dirham atau sekitar RM240. Bayangkan kalau korang berjaya turun 15 kilogram, dah boleh beli iPhone 12 Pro Max sebijik.

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNNIrfan Khairi

Leave a Reply

Your email address will not be published.