Semasa

(Video) Detik Cemas ‘Buaian’ ‘Fun Fair’ Terangkat Ketika Berhayun, Orang Ramai Pakat Tahan Supaya Tak Terbalik Belakang

Tahun-tahun sebelum ini, berlaku beberapa kejadian kemalangan di ‘funfair’ Thailand dan Perancis.

Kini, satu lagi kejadian menakutkan di sebuah karnival ‘funfair’ yang tular di media sosial apabila salah satu ‘buaian’ di sana didakwa rosak ketika dinaiki oleh para penunggang.

Menurut Daily Mail, kejadian tersebut berlaku Traverse City, Machigan, USA. Sebuah alat ayunan yang dinamakan ‘Magic Carpet’ dilaporkan menyenget dari bawah dan seakan-akan ingin jatuh.

Para penunggang ‘buaian’ ketika itu dipercayai menjerit ketakutan sehingga membuatkan orang ramai bergegas ke tempat kejadian.

Kejadian itu dikatakan tidak diketahui oleh sesiapa sehinggalah para penunggang mula mendengar kerosakan pada logam ‘Magic Carpet‘ itu.

Menurut sumber, alat ayunan yang bergerak itu memakan masa yang sangat perlahan untuk berhenti sepenuhnya. Hal tersebut membuatkan penunggang yang masih ketakutan itu berasa tidak selesa.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang lelaki yang berfikiran pantas bergegas memberi bantuan dengan menyekat alat itu daripada berayun lebih lama.

Mereka dipercayai telah menyeimbangkan ‘buaian’ itu dengan tenaga mereka dan akhirnya berjaya diberhentikan.

 

Penunggang di sana dikatakan bernasib baik kerana tiada sesiapa yang mengalami kecederaan dan dapat turun dengan selamat.

Menurut pihak yang terlibat di festival itu, mereka mendakwa pemeriksaan alat-alat di sana telah disempurnakan setiap hari. Namun, peristiwa yang terjadi itu tidak diketahui mana silapnya.

Alat ayunan itu dilaporkan telah beroperasi selama enam hari sehinggalah kini tidak lagi digunakan. Alat tersebut telah dihantar kembali ke kilang supaya dapat dikenal pasti masalah yang berlaku padanya.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published.