Semasa

(Video) Detik Cemas, Tiga Beranak Jatuh Dari Jambatan Gantung Setinggi 15 Meter

Detik cemas usaha menyelamatkan tiga beranak yang terjatuh dari sebuah jambatan gantung setinggi 15 meter ketika menyeberangi sungai menggunakan motosikal, menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Muhara, Desa Ciladaeun, Kecamatan Lebakgedong, Kabupaten Lebak, Banten pada Rabu.

Menurut Tribunnews, kemalangan berlaku ketika mereka bertiga dalam perjalanan menuju ke rumah saudara di Kabupaten Lebak Gedong.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan dua orang sudah berada di dalam sungai manakala seorang lelaki dilihat tergantung sambil memegang tali, lapor Kompas.com.

Ketua Desa Ciladeun, Yayat Dimyati,mengatakan kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi itu melibatkan mangsa yang merupakan penduduk Kabupaten Bogor, Jawa Barat.

Jelas Yayat, mangsa terdiri daripada suami isteri dan anak mereka yang berusia 10 tahun. Ketika melintasi jambatan, tayar motosikal yang dinaiki mereka tergelincir dan menyebabkan kesemua mangsa jatuh.

“Anak mereka yang jatuh dahulu ke sungai, diikuti oleh ibunya juga, sementara ayahnya tergantung sambil memegang papan jambatan,” kata Yayat.

Difahamkan, penduduk kampung yang berada di kawasan kejadian pantas menyelamatkan anak dan ibu yang jatuh ke dalam sungai, sementara bapa pula berjaya ditarik ke atas jambatan.

“Ibu dan anaknya cedera di kaki akibat terkena batu sungai. Nasib baik, isteri dan anaknya dapat diselamatkan,” katanya.

Tambah Yayat, jambatan gantung tersebut merupakan satu-satunya jalan masuk yang boleh dilalui oleh masyarakat.

Jambatan itu berada dalam keadaan baik kerana baru dibina pada tahun 2020. Namun, penduduk harus berhati-hati kerana ia boleh bergoyang apabila digunakan.

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Tribunnews

PERHATIAN: KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.