Gempar di media sosial sebentar tadi berkenaan kejadian ribut dan puting beliung yang membadai beberapa kawasan di negeri Perak.
Menurut seorang pengguna Twitter bernama @mutalibuthman ini, ribut itu dipercayai berlaku di Taman Bertuah, Taman Tasek Damai, Taman Lim dan Kampung Tawas.
TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Tidak dapat dipastikan berkenaan kerugian serta adakah ada kecederaan mahupun kemalangan jiwa yang terjadi akibat daripada kejadian tersebut.
Berikut adalah foto serta video berkenaan kejadian ribut yang terjadi di Perak petang tadi:
Antara rumah yang mengalami kerosakan teruk akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan sekitar Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai, Ipoh, petang tadi.
Dapat dilihat bahawa ribut tersebut telah membuatkan rumah serta harta benda orang awam rosak teruk akibat ditiup oleh ribut berkenaan.
ANTARA KOMEN NETIZEN
TONTON SEMUA VIDEO DI BAWAH:
Dapat perkhabaran daripada @perak_muda bahawa 4 kawasan Ipoh dilanda ribut:
1. Taman Bertuah
2. Taman Tasek Damai
3. Taman Lim
4. Kampung TawasKami telah ke tempat kejadian untuk memantau keadaan dan menyusun gerak kerja dalam membantu penduduk yang terkesan. pic.twitter.com/RCq4GuwnOG
— Abang Mut (@mutalibuthman) January 30, 2022
update…
tasek ipoh ribut lalu.. terkejut org taman semua. pic.twitter.com/DUozeQuh6J
— berbual buih🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@kucingbesarr) January 30, 2022
Hujan lebat dan ribut melanda Ipoh petang tadi. Paling turut terkesan di Tasek, Ipoh. #PerakTV pic.twitter.com/szkgYXBLyW
— PerakTV (@perak_tv) January 30, 2022
Sumber: Siakap Keli