Semasa

(Video) Hamil Anak Kedua, Wanita Mengidam Nak Jadi Pengantin Baru, Siap Diarak Keliling Kampung

Selain daripada bahagia menunggu kelahiran cahaya mata, pastinya ibu-ibu hamil akan mengalami fasa-fasa tertentu, khususnya mengidamkan sesuatu sama ada makanan yang pelik-pelik atau menunjukkan perangai yang luar biasa.

Viral sebuah video yang merakamkan detik di mana sepasang suami isteri berarak keliling kampung dengan memakai busana pengantin.

Menerusi video yang dikongsikan daripada akaun TikTok singamanja_slebeww, terlihat sepasang suami isteri beriringan dengan memegang seorang kanak-kanak yang merupakan anak pasangan itu. Dikatakan juga isterinya sedang hamil anak kedua mereka dan teringin untuk menjadi pengantin.

Si isteri dikatakan mempunyai keinginan untuk menjadi pengantin baru lagi dan akhirnya, si suami akur dengan kehendak isterinya untuk menjadi pengantin baru.

Mereka kelihatan tampak memakai baju pengantin dan turut diarak oleh beberapa orang. Kedua-dua mereka mendakwa mengelilingi kampung bagi memenuhi hajat isterinya yang sedang sarat mengandung.

“Hamil anak kedua nak jadi pengantin, sumpah seronok betul, keliling kampung,” petik Beritahits.id.

Kelihatan beberapa orang juga turut menyertai dengan mengiringi pasangan pengantin memakai pakaian sedondon.

Menjengah ke ruangan komen, momen tersebut telah mendapat perhatian daripada warga net.

(Video) Hamil Anak Kedua, Wanita Mengidam Nak Jadi Pengantin Baru, Siap Diarak Keliling Kampung
(Video) Hamil Anak Kedua, Wanita Mengidam Nak Jadi Pengantin Baru, Siap Diarak Keliling Kampung
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

ANTARA KOMEN NETIZEN:

Sumber : Suara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.