Satu rakaman dari kamera CCTV yang dikeluarkan oleh pihak polis memaparkan detik-detik seorang lelaki cuba meragut beg tangan seorang warga emas sebelum cuba melarikan diri.
“Saya sedang berjalan-jalan dengan rakan saya pada ketika itu, mereka telah mencabar saya untuk mengambil beg itu atau tidak. Saya menarik beg tersebut, wanita itu terjatuh di tepi jalan,” kata suspek yang berusia 22 tahun itu.
“Saya cuba menarik tangan saya keluar, terseretnya ke bawah. Semasa saya berjaya lepaskan tangan saya, saya terus melarikan diri, saya tidak ambil apa-apa pun, hanya melarikan diri sahaja,” tambahnya.
Wanita yang difahamkan berumur 70 tahun itu memegang erat barang-barangnya sehinggakan penyerang tersebut menyeretnya di sepanjang jalan sejauh beberapa kaki, menurut video berkenaan.
Selepas pergelutan tersebut, perompak itu berputus asa dan melarikan diri sambil orang awam dapat dilihat menghampiri mereka untuk membantu.
Penyerang tersebut telah berjaya ditangkap tidak lama kemudian oleh pihak polis, kata kementerian dalam negeri negara itu dalam satu kenyataan.
VIDEO DI BAWAH SEKALI
Polis Moscow menyatakan suspek mendakwa dia telah datang kembali ke tempat kejadian dengan sebotol wiski untuk meminta maaf.
Ekoran daripada insiden itu, suspek bakal menghadapi tuduhan jenayah cubaan merompak.
Sumber: Aol