Semasa

(Video) Layak Digelar Wira, Lelaki Sanggup Panjat Tingkat 3 Tanpa Sebarang Alat Keselamatan Untuk Selamatkan Budak

Baru-baru ini, tular rakaman video mengenai seorang lelaki yang telah memanjat sebuah bangunan flat untuk menyelamatkan seorang budak lelaki daripada kejadian kebakaran.

Menurut South China Morning Post, situasi tersebut berlaku di Sichuan, China apabila kelihatan sebuah asap tebal melambung dari sebuah flat.

(Video) Layak Digelar Wira, Lelaki Sanggup Panjat Tingkat 3 Tanpa Sebarang Alat Keselamatan Untuk Selamatkan Budak

Seorang wanita didapati telah menunggu pertolongan sambil menggendong anak lelakinya di sebelah tingkap.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki gagah dilaporkan telah memanjat naik ke 3 tingkat tanpa sebarang peralatan untuk menyelamatkan budak itu. Lelaki itu dipercayai merupakan seorang pekerja yang bekerja di kedai berdekatan.

Video yang sempat dirakam saksi menunjukkan lelaki itu telah memanjat pagar dan naik melalui tembok dinding bangunan flat untuk mencapai budak itu.

Wanita yang berada dari dalam bangunan itu dilihat telah menyerahkan anaknya kepada lelaki tersebut.

(Video) Layak Digelar Wira, Lelaki Sanggup Panjat Tingkat 3 Tanpa Sebarang Alat Keselamatan Untuk Selamatkan Budak

Menurut saksi, wanita itu kemudiannya telah diselamatkan oleh anggota bomba. Kejadian itu dilaporkan tiada sesiapa yang mengalami kecederaan.

Saksikan rakaman video penuhnya di bawah :

Sumber: SIAKAP KELI

Leave a Reply

Your email address will not be published.