Semasa

(Video) Lelaki rela ditampar kekasih 52 kali kerana tak belikan handphone baru

Seorang wanita menampar teman lelakinya bertubi-tubi di khalayak ramai hanya kerana lelaki itu tidak membelikan telefon bimbit baru untuknya.

Dalam kejadian yang berlaku di Sichuan, China, lelaki terbabit hanya membiarkan dirinya ditampar sebanyak 52 kali sekiranya tindakan itu boleh membuatkan teman wanitanya berasa lega.

Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan telefon bimbit orang awam menunjukkan wanita itu bertindak agresif, memarahi dan memukul teman lelakinya dengan kasar kerana tidak membelikan telefon bimbit baru seperti yang dipintanya sebelum ini.

Apabila beberapa anggota polis tiba di tempat kejadian dan cuba menghentikan perbuatan wanita itu, lelaki itu pula mempertahankan teman wanitanya.

Lelaki itu berkata, dia telah melakukan kesilapan dan sanggup menerima ‘hukuman’ itu agar teman wanitanya berpuas hati.Siasatan polis mendapati, wanita itu yang selama ini membiayai kehidupan lelak terbabit.

Selepas pasangan itu enggan memanjangkan kes itu ke balai, mereka berjanji akan menyelesaikan masalah mereka dengan lebih matang di masa akan datang.

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

Sumber: World of Buzz

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.