Semasa

(Video) Padah Buat ‘Trick’ Telan Ular, Lelaki Dilapor Maut Kena Patuk Di Lidah

Seorang lelaki dilaporkan maut akibat alergi gara-gara aksi lagak ngerinya menelan ular membawa padah selepas ular tersebut mematuk lidahnya.

Satu video yang dirakam memaparkan pekerja kebun berusia 55 tahun itu meletakkan ular berbisa di mulutnya untuk melakukan ‘trick’ dihadapan rakan sekerjanya di sebuah ladang tembikai dekat wilayah Astrakhan.

Laporan menyatakan bahawa lelaki itu telah memasukkan ular tersebut sebanyak dua kali sebelumnya dan cuba memasukkannya semula untuk percubaan ketiga ke bahagian kerongkongnya seperti yang dilihat dalam video berkenaan.

Pada cubaannya yang ketiga itu, ular tersebut dilaporkan telah menggigit lidahnya.

Walaupun ular tersebut berbisa, namun gigitannya difahamkan tidak berupaya mematikan manusia.

Namun beberapa jam kemudian, lelaki tersebut telah dimasukkan ke hospital dan didiagnosis menghidap edema Quincke setela lidah dan tekaknya membengkak akibat ‘kesan alergi’.

Dia dilaporkan mengalami kejutan anaphylactic.

Lidahnya ‘hampir tidak boleh masuk ke dalam mulutnya’ dan dia dilihat termengah-mengah sesak nafas, kata satu laporan.

Usaha saat akhir yang dilakukan oleh doktor di hospital daerah Kharabalinskiy gagal menyelamatkannya, menurut Antrakhan 24.

Laporan menyatakan bahawa menelan ular adalah salah satu ‘trick’ yang popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Saluran berita Punkt-A mengesahkan melalui pakar herpetologi tempatan bahawa ular itu adalah sejenis ular kapak yang dijumpai di antara batang pokok tembikai yang dipetik.

“Ular kapak itu berbisa, tetapi hanya bisanya hanya berbahaya kepada serangga,” kata laporan itu.

“Untuk manusia pula, bisanya tidak berapa merbahaya.”

Pekerja tersebut “maut akibat daripada kesan alergi yang serupa dengan apa yang mungkin berlaku kepada sengatan tebuan”.

Laporan itu menyeru kepada penduduk tempatan agar tidak sesekali menelan ular.

“Anda dinasihatkan untuk tidak cuba-cuba menelar ular atau melakukan eksperimen lain jika anda sendiri tidak pasti bahawa ianya akan berakhir dengan cara yang tidak baik untuk anda.”

 

Sumber: Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published.