Semasa

(VIDEO) Suami Bawa Kepala Isterinya Yg Dipenggal Di Jalan Raya Buat Orang Ramai Lari Ketakutan

Seorang lelaki dirakam membawa kepala isterinya di jalan raya selepas dia membunuh wanita itu.

Dalam kejadian yang berlaku pada pagi Sabtu lalu di Bahadurpur, Uttar Pradesh, India, video menunjukkan Akhulesh Rawat, 30, membawa kepala isterinya, Rajani, 26, yang masih berdarah di jalan raya membuatkan ramai orang awam menjerit ketakutan.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

“Suspek bergaduh dengan isterinya lalu mengheret mangsa keluar dari rumah dan memenggal kepalanya.

 

(Video) Suami bawa kepala isterinya yang dipenggal di jalan raya buat orang ramai lari ketakutan

“Selepas itu, suspek berjalan ke balai polis sambil membawa kepala mangsa.

“Senjata yang digunakan suspek juga telah dirampas di rumahnya,” kata Arvind yang memaklumkan pihaknya sedang menyiasat kejadian itu bagi mengetahui motif suspek berbuat demikian.

Difahamkan, bapa mangsa pernah memfailkan kes terhadap suspek di mahkamah berhubung tuntutan mas kahwin.

ANTARA KOMEN NETIZEN:

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

India mencatatkan kes kematian melibatkan mas kahwin tertinggi dengan 8,391 kes kematian yang dilaporkan pada tahun 2020 sama ada mangsa (wanita) dibunuh atau membunuh diri kerana tidak tahan dengan didera dan diseksa suami atau mertua yang mempertikaikan mengenai mas kahwin.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *