Lumrah adat hidup berjiran, pasti akan ada perselisihan faham. Oleh itu, cukup penting untuk setiap pihak berganding bahu wujudkan keharmornian dalam tempat tinggal masing-masing agar tidak saling bermasam muka. Akan tetapi, realitinya ada segelintir jiran yang menjadikan perkarangan kediaman orang lain seperti rumahnya sendiri.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita dari Johor ini, sejurus balik dia terkejut apabila mendapati ada banyak pakaian tersidai di pagar rumahnya. Tak cukup dengan itu, jiran yang dikatakan tidak bertimbang rasa tersebut rupa-rupanya malah siap menjemur kain di hadapan 3 buah rumah termasuklah kediaman pengguna akaun TikTok ini.
Wanita berkenaan malah turut berkongsi video memaparkan jarak antara rumahnya dengan individu yang menjemur kesemua pakaian tersebut. Bukan setakat jiran berkenaan tinggal selang 4 buah rumah daripadanya, namun selepas diteliti semula ada banyak pagar kediaman lagi yang seakan menjadi tempat sidai ‘percuma’.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 350 ribu jumlah tontonan selain dibanjiri pelbagai reaksi dan komen netizen. Rata-rata mereka terkejut dengan tindakan tanpa segan silu yang dilakukan oleh jiran seperti itu. Walaupun mungkin tiada orang di rumah pada waktu siang, namun sikap sebegitu disifatkan lebih kepada pentingkan diri sendiri.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
ANTARA KOMEN NETIZEN:
Sumber: TikTok msriya.1