Semasa

(Video) Tular Kumpulan Pemuda Tidur Di Kubvr Jadi Penjaga Kvbur, Dapat Upah Lebih RM200 Sehari

Tular di media sosial berkenaan video kisah sekumpulan pemuda yang bekerja sebagai penjaga kubur di Kabupaten Tabalong, Kalimantan Selatan, Indonesia.

Sekumpulan pemuda itu dilihat tidur di sebelah kubur jenazah yang baru sahaja meninggal dunia.

Mereka juga turut mendirikan khemah di kawasan kubur tersebut.

Menurut portal Tribun Palu, lelaki-lelaki yang tidur di kubur itu adalah M.Ramlan, M.Arsyad Maulana, Rama Ikhwan, Suriyani dan Haris.

Mereka dilaporkan tidur dan menjaga kubur tersebut secara bergilir-gilir.

Selain mendirikan khemah, mereka juga turut membawa beberapa makanan ringan dan minuman di kawasan kubur yang dijaga itu.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, para pemuda itu sebenarnya bertugas untuk menjaga kubur.

Tugas utama mereka semasa menjaga kubur itu adalah membaca Al-Quran.

M.Arsyad Maulana iaitu salah seorang daripada penjaga kubur tersebut menyatakan bahawa dia telah melakukan pekerjaan itu selama tiga tahun.

“Sudah tiga tahun saya menjaga kubur. Lebih 50 kubur dah saya jaga,” katanya.

Menurutnya, dia menjaga kubur tersebut bersama rakan-rakannya atas permintaan daripada keluarga jenazah.

Biasanya, mereka akan menjaga kubur itu selama tiga hari dan tiga malam sambil membaca Al-Quran.

“Permintaan daripada keluarga yang meninggal, yang kami lakukan hanyalah membaca Al-Quran,” ujar Arsyad.

Arsyad juga menjelaskan bahawa antara barangan penting yang perlu dibawa ke kubur adalah Al-Quran.

Selain daripada itu, dia juga turut ada membawa bantal, kain pelikat, pemanas air, kopi dan beberapa makanan ringan.

Arsyad menyatakan bahawa dia memilih untuk bekerja sebagai penjaga kubur atas kemahuannya sendiri. Ibu bapanya juga turut dilaporkan memberi izin atas perkara yang dilakukannya itu.

Mengenai upah daripada pekerjaannya itu, Arsyad mengakui bahawa dia dibayar sebanyak sejuta rupiah sehari (RM290).

Namun begitu, upah tersebut juga difahamkan tidak termasuk sekali dengan kos makanan mereka.

Video berkenaan lantas menjadi tular di media sosial, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 20 juta kali.

KOMEN NETIZEN:

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Tribun Palu

Leave a Reply

Your email address will not be published.