Semasa

‘Wanita’ bersuara jantan buat video depan masjid, netizen ingatkan tentang musibah

Media sosial sememangnya tempat untuk berkongsi pelbagai cerita harian termasuklah mereka yang ingin mengejar perhatian. Baik positif mahupun negatif, semuanya dapat dilihat tanpa sebarang tapisan.

Ada juga yang menjadikan media sosial sebagai satu lapangan untuk bergurau bersama rakan-rakan. Namun, jika ia terlihat agak keterlaluan, pastinya mendatangkan rasa kurang senang sesetengah masyarakat kerana boleh jadi konten tersebut menyentuh sensitiviti.

Gurau tak kena tempat

Hal ini samalah seperti video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @mirulbae apabila berkongsi satu rakaman seorang ‘wanita’ bersuara lelaki berlatar belakangkan sebuah masjid sedang bergurau dengan rakan-rakannya

Ingatkan tentang azab

Ramai yang meninggalkan kecaman terhadap perilaku kurang sopan tersebut memandangkan dataran tempat mereka melepak berdekatan dengan masjid.

Dengan tingkah laku seperti itu, pastinya netizen berasa geram kerana masih ada yang tidak insaf walaupun pelbagai musibah serta ujian daripada Allah S.W.T sebagai satu bentuk teguran buat makhluknya

ANTARA KECAMAN DAN PERINGATAN NETIZEN:

Walau bagaimanapun, perakam serta ‘wanita’ yang ada di dalam video berkenaan telah memohon maaf diatas tindakan tersebut yang menyinggung perasaan banyak pihak.

Mereka juga menjelaskan bahawa video yang dirakam itu bukanlah dibuat dimasjid tetapi di sebuah dataran rekreasi yang kebetulan berada di hadapan masjid

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Tiktok, OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.