Semasa

Wanita ‘Naik Hantu’, Tak Tahan Jiran Selalu Buat Bising Hingga Pukul 3 4 Pagi?

Hidup bermasyarakat adalah sesuatu perkara yang biasa di seluruh dunia. Pelbagai manfaat dan juga kebaikan jika sesebuah keluarga ataupun individu itu, bergaul dengan baik dengan komuniti serta masyarakat setempat.

Namun, hal yang perlu dititik beratkan ketika hidup berkomuniti ataupun berjiran ialah perasaan orang sekeliling. Hidup berjiran ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana perlu menghadap pelbagai kerenah, yang pastinya pahit untuk ditelan.

Tiga hari lalu, heboh di media sosial tentang sebuah video yang memaparkan seorang wanita, yang mengamuk di hadapan pintu rumah jirannya. Wanita itu dilihat berang dan ditangannya dilihat memegang sebilah pisau.

Mendengar percakapan wanita terbabit, dia dilihat sangat bengan dengan pemilik rumah (pasangan suami isteri) didakwa selalu membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman penduduk lain di bangunan kediaman mampu milik tersebut.

Wanita 'Naik Hantu', Tak Tahan Jiran Selalu Buat Bising Hingga Pukul 3 4 Pagi?

Tak mahu terlihat salah, si isteri menuruh wanita berang berkenaan ajukan perkara ini kepada pihak berkuasa, malah si suami pula kedengaran memberikan provokasi kepada wanita berkenaan supaya menunjukkan pisau yang dibawanya di depan kamera.

Wanita 'Naik Hantu', Tak Tahan Jiran Selalu Buat Bising Hingga Pukul 3 4 Pagi?

Wanita berkenaan yang juga mendakwa keluarga itu selalu bising di awal pagi menyebabkan dia tidak tahan.

Wanita 'Naik Hantu', Tak Tahan Jiran Selalu Buat Bising Hingga Pukul 3 4 Pagi?

Perkara yang berlaku dalam video berkenaan telah menerima pelbagai reaksi dan juga pandangan warga pengguna Facebook.

Wanita 'Naik Hantu', Tak Tahan Jiran Selalu Buat Bising Hingga Pukul 3 4 Pagi?

Wanita 'Naik Hantu', Tak Tahan Jiran Selalu Buat Bising Hingga Pukul 3 4 Pagi?

Wanita 'Naik Hantu', Tak Tahan Jiran Selalu Buat Bising Hingga Pukul 3 4 Pagi?

Wanita 'Naik Hantu', Tak Tahan Jiran Selalu Buat Bising Hingga Pukul 3 4 Pagi?

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

 

Senario seperti ini sememangnya sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Oleh itu, adalah lebih baik untuk bertolak ansur dan memikirkan keadaan orang sekeliling sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara.

Sumber: Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *